Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ATM Bersiap Siaga Mendepani Serangan Siber Ke Atas Rangkaian Komunikasi Pertahanan Negara

ATM Bersiap Siaga Mendepani Serangan Siber Ke Atas Rangkaian Komunikasi Pertahanan Negara

Diterbitkan Mei 17, 2021 oleh ariff bukhari

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menegaskan bahawa Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber ATM (CDOC) sentiasa memantau dan mempertingkat aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa.

Ia bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan dapat ditangani.

Ia dinyatakan oleh Panglima ATM, Jen Affendi Buang hari ini.

Beliau juga menjelaskan, BSEP dan CDOC bukan sahaja memperkukuh rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai arahan dalaman ATM untuk meningkatkan pertahanan siber negara ekoran ancaman siber dari Israel.

Kementerian Dalam Negari juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka memandang serius terhadap ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh israel di mana mereka turut menyenaraikan Malaysia.

Kerajaan Malaysia tidak gentar dengan ancaman israel itu dan menegaskan pendirian untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin.

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY