Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Terima 2 Lagi Anugerah Inovasi Antarabangsa

TM Terima 2 Lagi Anugerah Inovasi Antarabangsa

Diterbitkan November 9, 2020 oleh ariff bukhari

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi cabang penyelidikan dan pembangunannya, Telekom Research & Development Sdn Bhd (TM R&D) telah menerima 2 anugerah inovasi antarabangsa dari World Communication Awards 2020 mingggu lalu.

Penganjuran anugerah inovasi yang dibuat secara maya dari Bandar London, United Kingdom itu telah mengiktiraf Sistem Pengurusan Air Bersepadu Pintar (SWIMS) dan Sistem Pengurusan Tenaga Perusahaan (EENT) yang dibangunkan TM R&D.

Bagi Sistem Pengurusan Air Bersepadu Pintar (SWIMS), ia mengungguli kategori Anugerah Inovasi Internet Pelbagai Benda (IoT).

Manakala Sistem Pengurusan Tenaga Perusahaan (EENT) pula dianugerahkan untuk kategori Anugerah Inovasi Data.

“This is indeed a proud moment for us at TM R&D. For our internally-developed smart solutions to be recognised at the World Communication Awards, it is indeed a huge encouragement for us to further strengthen our position as the leader in research, development and innovation field. This double win is a remarkable feat and my heartiest congratulations to everyone in the TM R&D team who has put tremendous efforts in providing the best for our customers and partners.” Dr. Sharlene Thiagarajah, Ketua Pegawai Eksekutif, TM R&D.

TM R&D mula diwujudkan TM Group dalam tahun 2001 yang bertujuan memfokuskan inovasi teknologi dalam pelbagai bidang untuk masa hadapan.

Setakat ini, TM R&D sudah menerima pengiktirafan sebanyak 19 anugerah antarabangsa dan mempunyai lebih daripada 2,800 hak pemilikan intelektual serta 1,400 aset digital.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY