Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pos Malaysia Meraikan Ulang Tahun Ke-80 Batman Dengan Menghasilkan Setem Edisi Terhad Bertemakan Karektor Popular Tersebut

Pos Malaysia Meraikan Ulang Tahun Ke-80 Batman Dengan Menghasilkan Setem Edisi Terhad Bertemakan Karektor Popular Tersebut

Diterbitkan November 14, 2019 · Dikemas kini November 14, 2019 oleh ariff bukhari

Dapatkan set Edisi Terhad Batman yang berharga RM120.00.

Jika anda adalah peminat tegar karektor komik DC khususnya Batman, anda bolehlah dapatkan setem edisi terhada yang dikeluarkan oleh pihak Pos Malaysia.

Ia bersempena dengan ulang tahun ke-80 karektor popular itu yang disambut pada 21 September tahun ini.

Pada harga RM120.00, pembeli akan memiliki 9 item istimewa bertemakan Batman iaitu 3 helaian khas yang mengandungi 11 setem Batman, 3 cenderamata istimewa berilustrasi Batman, 2 keping poskad dan 1 folder khas.

Pos Malaysia Meraikan Ulang Tahun Ke-80 Batman Dengan Menghasilkan Setem Edisi Terhad Bertemakan Karektor Popular Tersebut
Set folder Batman dari Pos Malaysia.

Selain itu turut ditawarkan adalah pek istimewa batman berharga RM10.00 yang mengandungi 1 helaian mini dengan 3 keping setem, 1 poskad boleh tanggal dan 1 sampul surat istimewa.

Pos Malaysia Meraikan Ulang Tahun Ke-80 Batman Dengan Menghasilkan Setem Edisi Terhad Bertemakan Karektor Popular Tersebut
Pek istimewa Batman dari Pos Malaysia.

Set istimewa Batman dari Pos Malaysia ini sudah mula dijual sejak 13 November. Anda boleh dapatkannya dengan membeli secara atas talian di laman eziemall atau di pejabat Pos Malaysia terpilih berdekatan anda yang menjual set Edisi Terhad Batman ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY