Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
digital malaysia

TM Dan Yellow Pages Bekerjasama Dengan Funding Societies Bagi Membantu PKS

Diterbitkan Disember 2, 2020 ยท Dikemas kini Disember 2, 2020 oleh ariff bukhari
Akibat daripada pandemik COVID-19 sejak Mac lalu, ramai peniaga kecil sederhana (PKS) yang terkesan akibat masalah kewangan kerana tidak dapat mejalankan perniagaan mereka seperti biasa.
Untuk mendapat bantuan dan pembiayaan perniagaan pula, banyak cabaran dan halangannya.
Justeru, bagi membantu PKS, Telekom Malaysia Bhd (TM) menerusi TM Info Media (TMIM) dan melalui saluran mereka, Yellow Pages, telah bekerjasama dengan Funding Societies iaitu sebuah platform pembiayaan antara rakan setara (P2P) pertama dan terbesar di Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.
Platform ini menyediakan peluang kepada PKS untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sejajar dengan aspirasi Digital Malaysia.
Platfom ini juga bertujuan untuk memperkasa PKS agar dapat berkembang maju dalam perniagaan mereka.
Bagi pembiayaan mikro, nilai pembiayaan ditawarkan adalah dari RM3,000 hingga RM100,000.
Manakala bagi pembiayaan terma perniagaan/pembiayaan invois pula adalah dari RM100,000 hingga RM1 juta.
Selain pembiayaan, mereka yang berjaya permohonan mereka turut ditawarkan inisiatif lain seperti diskaun dan platfom pengiklanan percuma.
Permohonan Funding Societies ini boleh dibuat terus dari dalam talian dan kelulusan adalah pantas iaitu hanya dalam masa 5 hari bekerja.
Untuk memohon atau mendapatkan info lebih lanjut, layari laman sesawang https://www.yellowpages.my/fundingsocieties.
Sumber: TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY