Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rakanmet 2

METMalaysia Lancarkan Aplikasi Cuaca Mudah Alih Baharu

Diterbitkan Mac 24, 2022 oleh ariff bukhari

Bersempena dengan sambutan Hari Metereolohi Sedunia yang disambut pada 23 Mac setiap tahun, Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) telah melancarkan sebuah aplikasi baharu.

Aplikasi yang dikenali sebagai RakanMET itu merupakan platfom yang memudahkan orang ramai mendapatkan info-info cuaca terkini seperti hujan lebat, ribut petir, angin kencang, jerebu, gempa bumi atau bencana.

RakanMET app

METMalaysia menyatakan, setiap laporan yang dikongsikan menerusi aplikasi ini adalah berorientasikan perkhidmatan komuniti dan perkongsian pintar berdasarkan tetapan lokasi semasa telefon penggunanya melalui Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

Selain itu, ia juga menyediakan maklumat ramalan cuaca semasa yang tersedia pada setiap sela masa 30 minit untuk tempoh sehingga 3 jam.

RakanMET bukanlah baru kerana ia telah dilancarkan sejak 23 Mac 2018 dahulu lagi.

rakan met
RakanMET juga boleh diakses dari pelayar.

Tetapi kini ia dinaik taraf METMalaysia kepada bentuk aplikasi mudah alih untuk telefon pintar bagi menjadikannya lebih mesra pengguna.

Aplikasi RakanMET ini sudah pun boleh dimuat turun oleh pengguna telefon pintar menerusi Google Play Store dan Apple Apps Store secara percuma.

Sumber: METMalaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY