Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Dan Huawei Bekerjasama Sediakan Perkhidmatan Jalur Lebar Yang Lebih Baik

TM Dan Huawei Bekerjasama Sediakan Perkhidmatan Jalur Lebar Yang Lebih Baik

Diterbitkan Mac 8, 2018 · Dikemas kini Mac 8, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sejajar dengan kemajuan dan gaya hidup digital di Malaysia, dua buah syarikat teknologi telah bersetuju untuk bekerjasama menyediakan jalur lebar yang lebih baik untuk pengguna tempatan.

Syarikat yang dimaksudkan adalah Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Huawei Technologies (M) Sdn Bhd (Huawei) yang mana majlis menandatangangani Memorandum Persefahaman (MoU) telah berlangsung hari ini.

Dengan kerjasama tersebut, kedua-dua syarikat boleh berkongsi kepakaran serta kemampuan masing-masing untuk meluaskan lagi capaian jalur lebar fiber.

TM dan Huawei juga akan memainkan peranan penting untuk mempertingkatkan gaya hidup digital dan Internet Kebendaan (IoT) dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sebagai rakan yang diyakini dalam inisiatif utama pembangunan negara, TM memastikan ketersediaan serta keselamatan infratsruktur strategik dan penting negara, selain memacu capaian jalur lebar kepada semua rakyat Malaysia.

“Kami percaya kerjasama strategik seperti MoU ini menjadi satu lagi bukti kepada peranan TM sebagai pemacu utama infrastruktur komunikasi negara,” ujar Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly.

Sumber: Berita Harian

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
©2026 WISER.MY