Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bytedance tiktok

TikTok Mahu Saman RM56.37 Juta Terhadap WeChat Atas Faktor Monopoli

Diterbitkan Februari 3, 2021 oleh Amsyar Latif

ByteDance yang merupakan pemilik aplikasi terkenal TikTok atau Douyin telah memfailkan saman RM56.37 juta terhadap Tencent Holding iaitu pemilik aplikasi WeChat disebabkan faktor dan tingkah laku monopoli.

Ini disebabkan Tencent tidak membenarkan kandungan video daripada TikTok dikongsikan dalam aplikasi mereka iaitu WeChat dan QQ.

Menurut ByteDance, ia sebenarnya juga telah melanggar undang-undang anti-monopoli dan mereka sedang menuntut keadilan daripada mahkamah agar Tencent menghentikan perbuatan tersebut.

TikTok Mahu Saman RM56.37 Juta Terhadap WeChat Atas Faktor Monopoli

Tuntutan ini dibuat sejurus apabila Beijing mengeluarkan draf peraturan pada November lalu yang bertujuan mencegah tingkah laku monopoli terutama dalam sektor teknologi.

Sebenarnya, ByteDance dan Tencent adalah dua syarikat media sosial gergasi di China.

Malah, ByteDance juga menyaman Tencent pada tahun 2018 disebabkan tingkah laku anti-persaingan dengan menuduh QQ dan Guanjia menyekat pautan beritanya – Toutiao. Pada masa yang sama juga, Tencent pula mengemukakan tuntutan yang menuduh ByteDance memfitnah mereka.

Sumber: reuters

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY