Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram, TikTok Dan Twitter Bersatu Menentang Penggodam

Instagram, TikTok Dan Twitter Bersatu Menentang Penggodam

Diterbitkan Februari 5, 2021 oleh Amsyar Latif

Penggodaman kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dan terbaru, Instagram menyekat beratus akaun yang dikaitkan dengan forum OGUsers dimana mereka dikatakan membeli dan menjual akau media sosial yang dicuri.

Tindakan undang-undang juga akan dibuat terhadap ahli profil tertinggi dalam forum tersebut sekiranya mereka masih terus menggunakan Instagram dan melanggar peraturannya.

Kira-kira 400 akaun media sosial yang dipercayai berharga bagi ahli forum yang berjual beli ini dilumpuhkan Instagram.

Kebiasaannya nama pengguna “OG” ini pendek dan unik. Malah, ia turut dijual dengan harga ribuan USD melalui forum seperti OGUsers.

Instagram, TikTok Dan Twitter Bersatu Menentang Penggodam

Selain itu, disebabkan akaun yang berharga ini juga sering dijadikan sebagai serangan SIM-swapping iaitu teknik pertukaran SIM bagi mengawal nombor telefon mangsa.

Tambahan lagi, OGUsers ini turut melakukan gangguan serta peras ugut terhadap akaun yang dibeli atau dicuri ini.

Ini bukanlah kali pertama forum OGUsers berbuat demikian kerana sebelum ini mereka dikaitkan dengan serangan akaun Twitter tahun lalu yang mana scammer Bitcoin dapat akses akaun profil tertinggi dunia seperti Barack Obama dan Elon Musk.

Menurut wartawan keselamatan – Brian Krebs, selain Instagram, Twitter dan TikTok juga bertindak dalam menentang akaun yang berkaitan dengan OGUsers.

Sumber: motherboard via engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY