Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok TV

TikTok Kini Hadir Di Android TV – Kepuasan Hiburan Pada Skrin Besar

Diterbitkan Februari 4, 2021 oleh Amsyar Latif

Sejak pertama kali dilancarkan pada tahun 2016, TikTok menerima pelbagai reaksi negatif dan sering dikaitkan sebagai aplikasi media sosial yang tidak sihat.

Namun, populariti aplikasi ini sudah menjadi perhatian dunia dan menjadi sebuah aplikasi yang popular serta jumlah pengguna aktif yang banyak pada tahun lalu.

TikTok TV 1

Kini, TikTok meluaskan lagi penggunaannya dengan hadir pada Android TV. Ini bermakna, anda boleh melihat kandungan ilmiah mahupun hiburan pada skrin lebih besar di rumah.

TikTok TV 2

Aplikasi TikTok pada Android TV sudah tersedia di Play Store untuk Chromecast dengan Google TV.

Walau bagaimanapun, buat masa sekarang ia hanya terhad buat beberapa peranti dan negara sahaja.

TikTok TV 3

Seperti yang dilaporkan melalui 9to5Google, TikTok tidak dapat dipasang pada Chromecast buat pengguna Amerika Syarikat tetapi laporan daripada Android Police pula, pengguna di UK boleh berbuat demikian.

Terdapat juga beberapa pengguna yang berjaya memasang TikTok dengan menggunakan APK daripada APKMirror akan tetapi, mungkin kita boleh tunggu sedikit sahaja masa lagi sebelum ia tersedia buat semua pengguna.

Sumber: Android Police, 9to5Google

Foto Utama: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY