Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram reels

Pesaing TikTok, Instagram Reels Kini Boleh Digunakan Di Malaysia

Diterbitkan Mac 23, 2021 · Dikemas kini Mac 23, 2021 oleh Amsyar Latif

Tidak dapat dinafikan bahawa aplikasi perkongsian video pendek sudah digunakan ramai orang sejak baru-baru ini. Sehinggakan YouTube juga menguji YouTube Shorts.

Kini, selain Instagram Music, Instagram turut menawarkan Reels, iaitu mirip dengan TikTok. Lebih menarik, ciri ini sudah boleh digunakan untuk kesemua pengguna di Malaysia.

Sekiranya anda pengguna tegar Instagram, tidak menjadi masalah untuk memahami fungsi ini.

Cara menggunakannya sangat mudah, kemas kini Instagram terlebih dahulu melalui App Store atau Play Store dan anda perlu buka sahaja aplikasi Instagram. Kemudian, klik ikon Reels.

reels 1
reels 2

Seterusnya, klik ikon kamera dan anda boleh terus membuat kandungan video yang berdurasi 15 saat.

reels 3

Menerusinya juga, penyuntingan video dan penambahan audio juga boleh dilakukan.

Selain itu, anda juga dapat melihat kandungan pengguna lain dengan menatalnya ke atas atau ke bawah.

Namun, masih lagi banyak kekurangan pada Reels ini dimana tidak banyak menawarkan ciri penyuntingan serta kesan khas seperti mana yang terdapat pada TikTok.

Oleh itu, mungkin agak susah bagi pengguna lama TikTok untuk beralih kepada Instagram Reels.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY