Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ibu Bapa Kini Boleh Pantau TikTok Anak-Anak Dengan Ciri Baru Ini

Pada Tahun 2021, Lagi Ramai Kerap Ke TikTok Berbanding Google

Diterbitkan Disember 28, 2021 oleh Amsyar Latif

Dunia internet kini sudah makin berkembang pesat. Jumlah trafik dari pengguna pun semakin meningkat dari hari ke hari. Ada masa internet digunakan untuk kerja dan ada masanya untuk hiburan.

Berdasarkan data terbaru Cloudflare, mereka mendapati corak trafik internet sedikit berbeza berbanding tahun lalu. Hasil data tersebut menunjukkan bahawa TikTok telah mengatasi Google dalam jumlah pengunjung di internet.

Dalam erti kata lain, domain TikTok.com lebih banyak yang dilawati berbanding Google.com.

Pada Tahun 2021, Lagi Ramai Kerap Ke TikTok Berbanding Google

Tidak pelik perkara ini berlaku. Ini kerana jika dilihat kembali, TikTok semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Tidak kira orang muda mahupun berusia.

Platform media sosial tersebut diminati disebabkan terdapat banyak kandungan baik dari segi video lawak, tarian, maklumat menarik atau tips.

Secara perbandingan, TikTok berada pada kedudukan ketujuh untuk tahun 2020. Bermakna, tahun 2021 ia naik dengan begitu pantas.

Apa-apa pun, ini adalah 10 domain yang popular sepanjang tahun 2021:

  1. TikTok.com
  2. Google.com
  3. Facebook.com
  4. Microsoft.com
  5. Apple.com
  6. Amazon.com
  7. Netflix.com
  8. YouTube.com
  9. Twitter.com
  10. WhatsApp.com

Sumber: Cloudflare

Baca juga:

  • Ini Cara Dapatkan Diskaun YouTube Premium Guna E-mel Pelajar

  • Servis Cuci Kereta MonkeyWash Lancar Aplikasi, Sediakan Lebih 1,000 Peluang Kerja

  • 20 Tahun Lalu, Nintendo Pernah Rancang Nak Keluarkan Telefon Pintar

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY