Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS Bits

Pengguna PS5 Kini Lebih Mudah Kongsi Video ‘Gameplay’ Di TikTok Atau Reels

Diterbitkan Jun 17, 2022 · Dikemas kini Jun 17, 2022 oleh Amsyar Latif

PlayStation kini mengumumkan sebuah fungsi baharu pada Share Factory Studio yang dikenali sebagai Bits.

Menerusinya, pengguna PS5 boleh menyunting rakaman gameplay dengan mudah mengikut cita rasa masing-masing. Tambahan lagi, terdapat juga template yang tersedia buat pengguna. Sekaligus memudahkan anda mendapatkan hasil mengikut trend.

Selain itu, Bits juga membenarkan pengguna untuk melukis doodles melalui pad sentuh yang ada pada alat kawalan DualSense. Dengan ini, rakaman video yang disunting akan jadi lebih menarik.

Setiap video yang telah siap disunting, ia boleh diakses menggunakan aplikasi PlayStation di telefon pintar. Kemudian, pengguna bolehlah memuat naik video pendek tersebut di aplikasi media sosial seperti TikTok mahupun Instagram Reels di mana video sebegini amat popular sekarang.

Buat pengetahuan, Share Factory Studio merupakan sebuah aplikasi terbina di dalam PlayStation untuk pengguna menyunting video rakaman permainan (gameplay).

Sumber: PlayStation

Baca juga:

  • Sony Akan Tingkatkan Pengeluaran PlayStation 5 Apabila Hal Ini Pulih

  • Jualan Days Of Play 2022, PlayStation VR Dijual Bawah RM1,000

  • Pelan PlayStation Plus Baharu Kini Di Malaysia, Harga Langganan Dari RM29 Sebulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY