Tencent Ada Cara Nak Pastikan Anak-Anak Tak Tidur Lewat Sebab Main Game

"Jom, ini last game", ayat ini merupakan salah satu 'penipuan' yang dihadapi para gamer. Tanpa sedar, mereka sebenarnya sudah menghampiri subuh atas sebab bermain game.

Perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Lebih membimbangkan, anak kecil yang masih muda lagi sudah tidur lewat disebabkan main game. Oleh itu, sebuah syarikat gergasi di China - Tencent mempunyai cara bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Kini, mereka menampilkan sistem imbasan wajah bagi mengenal pasti tempoh masa yang dihabiskan seseorang pemain. Inisiatif ini digelar "Midnight Patrol".

Tambah Tencent, imbasan wajah dilakukan bagi setiap akaun yang didaftarkan dengan nama sebenar. Sekiranya individu itu berumur 18 tahun ke bawah dan ingin bermain selepas pukul 10 malam atau sebelum 8 pagi, pengesahan identiti harus dibuat.



Jika mereka enggan berbuat demikian, mereka akan "ditendang" keluar dari permainan. Secara tidak langsung, ia turut mengelakkan anak-anak menipu dengan menggunakan identiti ahli keluarga yang dewasa.

Sebenarnya di China mereka telah meletakkan garis panduan dan peraturan terhadap kanak-kanak bawah umur dalam game. Antaranya adalah daftar akaun menggunakan nama sebenar, waktu main yang dibolehkan serta mengehadkan jumlah pembelian dalam game (in-app purchase).



Berbalik pada perkara tersebut, setakat ini terdapat 60 permainan dari Tencent termasuk Honor of Kings dan Game for Peace (PUBGM China) dan buat masa sekarang ia dibuat di China sahaja.

Diharapkan Tencent memperluaskannya di seluruh negara akan tetapi mungkin agak sukar kerana di Malaysia, kita tiada sebarang masalah mencipta banyak akaun walaupun menggunakan e-mel palsu.

Sumber: Tencent, pcgamer

Baca juga - Hampir RM180 Bilion Dibelanja 'Mobile Gamers' Setakat Suku Pertama 2021

Baca juga - Ini Negara Yang Mempunyai Kelajuan 5G Terpantas Di Dunia

Baca juga - Ini Senarai Cip Pemprosesan Intel Dan AMD Yang Menyokong Sistem Operasi Windows 11

Berkaitan