Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2022-04-14 at 6.18.42 PM

Menteri Kata Bukan ‘Cap Ayam’, Ini Spesifikasi Minimum PerantiSiswa Yang Ditetapkan Kerajaan

Diterbitkan April 14, 2022 · Dikemas kini April 14, 2022 oleh ariff bukhari

Pada petang tadi telah selesai pelancaran PerantiSiswa Keluarga Malaysia oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa.

K-KOMM menyatakan, PerantiSiswa ini layak dipohon oleh Mahasiswa yang tergolong dalam keluarga B40 dari Institusi Pengajian Tinggi.

Walaubagaimanapun, mahasiswa yang tidak memiliki laptop atau tablet masih juga boleh memohon. Bermakna ia tidak terhad untuk golongan keluarga B40 sahaja.

PerantiSiswa yang berupa tablet ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada kira-kira 350,000 mahasiswa yang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat diploma, Diploma Lanjutan, dan Ijazah Sarjana Muda.

Pengagihan peranti tersebut dijadualkan akan dibuat bermula bulan Jun tahun ini.

Permohonan PerantiSiswa boleh dibuat menerusi laman rasmi https://perantisiswa.kkmm.gov.my/ bermula 8.00 pagi esok (15 April 2022).

Menteri Kata Bukan ‘Cap Ayam’, Ini Spesifikasi Minimum PerantiSiswa Yang Ditetapkan Kerajaan

Dalam pelancaran itu, Menteri itu berkata beliau sudah memberikan garis panduan asas untuk spesifikasi yang diperlukan PerantiSiswa.

Beliau menegaskan PerantiSiswa yang akan diterima oleh para mahasiswa nanti bukan peranti ‘cap ayam’ dan mestilah dari jenama yang baik.

Berikut adalah spesifikasi minimum yang ditetapkan kerajaan untuk PerantiSiswa:

  • Skrin 10.1”, resolusi FHD, 1280×800
  • Android OS 10 dan ke atas
  • 4G LTE (mampu menyokong frekuensi LTE syarikat telekomunikasi di Malaysia)
  • Minimum 4GB RAM
  • Storan minimum 64GB
  • Slot mikrocip SD sehingga 256GB
  • Kamera depan minimum 2MP
  • Kamera belakang minimum 5MP
  • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audi 3.5mm untuk headset
  • Bluetooth 4.1 dan ke atas
  • Wifi 2.4GHz dan 5GHz
  • Bateri minimum 4500 mAh
  • Termasuk kabel pengecas USB
  • Termasuk papan kekunci Bluetooth
  • Termasuk pen stylus

Program PerantiSiswa ini adalah mirip skim pinjaman buku teks. Bermakna, peranti yang diberikan ini adalah hak milik kerajaan sepenuhnya di mana ia hanya dipinjamkan sahaja.

Apabila pelajar sudah tamatkan pengajian, tablet ini perlu dipulangkan semula.

Sumber: MalaysiaKini, K-KOMM

Baca juga:

  • Tablet PerantiSiswa Diperlihat Menteri, Lengkap Tablet, Papan Kekunci Dan Stylus
  • Permohonan PerantiSiswa Dibuka April, Menteri Jamin Spesifikasi Minimum RAM 4GB5
  • Perkara Yang Harus Pupus Dalam Telefon Pintar Pada 2022

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY