Perkara ini disahkan oleh pihak Live Nation selepas memeterai penjanjian pelaburan bersama Blink Identity. Blink Identity merupakan sebuah syarikat baharu yang menghasilkan teknologi berkaitan pengesanan wajah yang dikatakan mampu mengesan imej wajah seseorang dalam masa sepantas 0.5 saat tanpa memerlukan individu tersebut memandang kamera secara terus. Mereka optimis teknologi ini perlu diwujudkan bagi membolehkan peminat memasuki stadium atau dewan dengan segera.
Sekiranya teknologi ini berjaya dibangun, para peminat tidak lagi perlu datang awal ke stadium atau dewan semata-mata untuk mengelak kesesakkan untuk masuk, seterusnya terpaksa menunggu dengan lama di dalam stadium sebelum acara bermula. Akan tetapi dari segi keburukkan teknologi ini pula, setiap tempat di mana acara-acara itu diadakan perlu memiliki peralatan yang menyokong teknologi pengesahan wajah ini dan ia mungkin akan memakan kos yang tinggi.
Bagi pihak Ticketmaster dan Live Nation pula, mereka perlu membangunkan satu pangkalan data bagi menyimpan data-data pengguna. Namun, perkara ini dijangka akan menghadirkan rasa kurang selesa kepada sesetengah pengguna maka mereka juga perlu meyakinkan pengguna bahawa data dan imej berkenaan mereka tidak akan disalahgunakan. Buat masa kini, Ticketmaster dan Live Nation cuma memfokuskan kepada acara hiburan sahaja namun sekiranya teknologi ini berjaya, ia dijangka akan turut merangkumi acara lain seperti sukan pada masa akan datang.
Sumber
Berkaitan
- Yang Dah Beli Realme 5 Pro Jangan Tepuk Dahi, Tengok Video Ni Dulu #UlasanRealmeXT
- Xiaomi Mi Mix 3 - Kamera Selfie Tersembunyi, Guna Sistem Gelongsor Magnetik
- Manifesto Xiaomi Tertunai Dengan Pelancaran Poco F1, Peranti Snapdragon 845 Termurah Masa Kini
- Facebook Dan Twitter Bantu Google Menepis Berita Palsu
- Huawei Mahu Menceburi Industri Automotif Selepas Perjanjian MoU Dengan Audi
- Khabar Angin Terbaru Moto G5 Dan G5 Plus
- Sony Umum PlayStation 5 Tidak Akan Dilancarkan Dalam Tempoh 12 Bulan Mendatang
- OPPO Anjurkan Pertandingan 4 Cam 4 Styles, Tawaran Hadiah Menarik
- Kenapa Apple Mac Tak Ada Stiker "Intel Inside"?
- E-Dompet Touch 'N Go Jalin Kerjasama Dengan Easybook, Mudahkan Pembelian Tiket Bas