Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyKad Wide

4 Juta Data Rakyat Malaysia Milik JPN Dilapor Disenarai Untuk Jualan

Diterbitkan September 28, 2021 · Dikemas kini September 29, 2021 oleh Amsyar Latif

Kemas Kini: PDRM dan LHDN sudah memberi respon terhadap dakwaan tersebut. Tekan pautan INI untuk maklumat lanjut.

Lowyat.net melaporkan bahawa pangkalan data yang dipercayai milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah disenaraikan untuk jualan dalam satu forum pasaran terkenal.

Dikatakan data tersebut mengandungi 4 juta rakyat Malaysia yang diperolehi daripada laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui API yang digunakan untuk MyIdentity.

MyIdentity merupakan sebuah platform perkongsian data yang membenarkan agensi kerajaan untuk mendapatkan maklumat individu. Terdapat 10 agensi yang menggunakannya dan JPN serta LHDN salah satunya.

4 Juta Data Rakyat Malaysia Milik JPN Dilapor Disenarai Untuk Jualan

Berkaitan data tersebut, ia mengandungi maklumat penting seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, e-mel, alamat rumah, alamat surat menyurat dan nombor telefon. Selain itu, kesemua data ini juga adalah milik rakyat Malaysia yang lahir dari tahun 1979 hingga 1998 dan datang dengan nilai 0.2 BTC yang lebih kurang RM35495 (hari ini).

Memetik laporan terbaru Sinar Harian, Ketua Pengarah JPN sudah menerima laporan ini dan beliau enggan memberi sebarang komen buat masa sekarang. Tambahnya, pihak mereka akan memaklumkan kemudian.

Isu sebegini bukanlah kali pertama yang berlaku di Malaysia yang mana sebelum ini data daftar pengundi pilihan raya juga bocor dan dijual.

Sumber: Lowyat.net

Baca juga:

  • Data Daftar Pengundi Pilihan Raya Didakwa Bocor Dan Dijual
  • Data Lebih Setengah Bilion Pengguna Facebook Dibocorkan Ke Dalam Talian
  • Malaysia Di Tangga Ke-6 Dalam Jenayah Buli Siber Peringkat Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY