Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PDRM LHDNM

PDRM Dan LHDN Respon Terhadap Dakwaan Kebocoran Data Pembayar Cukai myIDENTITY

Diterbitkan September 28, 2021 oleh ariff bukhari

Awal hari ini telah pun dilaporkan tentang isu pangkalan data yang dipercayai milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah disenaraikan untuk jualan dalam satu forum pasaran terkenal.

Dikatakan data tersebut mengandungi 4 juta rakyat Malaysia yang diperolehi daripada laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui API yang digunakan untuk myIDENTITY.

Ekoran daripada dakwaan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah pun membuka kertas siasatan berkaitan isu tersebut.

PDRM memaklumkan, mereka akan mendapatkan laporan dan memeriksa sistem JPN serta LHDNM bagi mengenal pasti kebocoran data awam yang terjejas.

Di pihak LHDNM pula menerusi kenyataan rasmi media yang dikeluarkan, lembaga itu menafikan tentang dakwaan 4 juta data yang bocor diperolehi daripada API yang dibuat untuk myIDENTITY di bawah seliaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

LHDNM menyatakan, LHDNM hanya pengguna dan bukan pemilik sistem myIDENTITY.

LHDNM juga memaklumkan, hasil siasatan dalaman mereka mendapati tidak berlaku sebarang kebocoran data seperti yang didakwa.

Namun begitu, LHDNM bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi melihat semua kemungkinan berkaitan dakwaan tersebut.

Sumber: Bernama, LHDNM

Baca juga:-

  • 4 Juta Data Rakyat Malaysia Milik JPN Dilapor Disenarai Untuk Jualan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY