Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kebergantungan Pemasangan Sebilangan Besar Produk Di China Mungkin ‘Menjerat’ Apple

Apple Lebih Bernilai Dari 3 Syarikat Gergasi Dunia Ini Buat Masa Sekarang

Diterbitkan November 9, 2022 · Dikemas kini November 9, 2022 oleh Firdaus

Ekonomi dalam industri teknologi mencatatkan penurunan yang sangat besar. Hampir semua syarikat teknologi terpaksa berhadapan dalam situasi ini.

Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan WhatsApp telah kehilangan lebih daripada USD90 bilion (~RM427.32 bilion) dalam pendapatan mereka.

Didakwa Jejak Pengguna iPhone Tanpa Kebenaran, Meta Berdepan Tuntutan Mahkamah

Berbeza pula dengan Apple di mana mereka mencatatkan pertumbuhan 6% dalam laporan pendapatan suku ketiga 2022.

Apple

Tambahan lagi, nilai pasaran Apple sekarang ini lebih besar berbanding jumlah keseluruhan Amazon, Meta dan Alphabet. Ketika ini, Apple mempunyai nilai sekitar USD2.307 trilion (~RM10.95 trilion ).

{suggest}

Manakala, Alphabet, Amazon dan Meta mempunyai nilai sebanyak USD1.126 trilion (~RM5.35 trilion), USD940 bilion (~RM4.463 trilion) dan USD240 bilion (~RM1.139 trilion) bilion masin-masing.

Jika kita lakukan pengiraan jumlah nilai Alphabet, Amazon dan Meta sekalipun, Apple tetap mendahului dengan nilai sekitar USD1 juta (~RM4.75 juta).

Faktor-Faktor Yang Mengukuhkan Nilai Pasaran Apple.

iphone 14 plus_3

Sambutan yang menggalakkan pada siri iPhone 14 telah mengecualikan Apple daripada terkesan dengan krisis ekonomi dalam industri teknologi global.

Apple

Tambahan lagi, siri iMac dan MacBook juga mencatatkan prestasi yang baik dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan Apple.

Menariknya lagi, Apple boleh dikatakan satu-satunya syarikat teknologi global yang mencatatkan peningkatan dikala yang lain mengalami kemerosotan.

Sumber: Gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY