Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tetapan 3 Kamera Untuk Ulang Tahun Ke-10 Samsung?

Tetapan 3 Kamera Untuk Ulang Tahun Ke-10 Samsung?

Diterbitkan Jun 25, 2018 oleh Wiser MY

Samsung kini menunggu giliran untuk mengeluarkan siri Galaxy Note 9 mereka yang dijangka keluar pada bulan 9 ini namun peminat Samsung mengetahui yang tahun 2019 merupakan ulang tahun ke-10 bagi siri peranti Galaxy S yang mula dilancarkan pada tahun 2010 yang lepas.

Oleh itu, banyak yang menanti berita apakah yang akan Samsung masukkan untuk peranti ulang tahun ke-10 mereka. Sebelum ini, peranti Galaxy S9 merupakan peranti disempurnakan dari peranti Galaxy S8 dan Samsung mengakui perkara tersebut dan memberikan pendirian bahawa mereka mahu menghasilkan peranti yang lebih sempurna untuk pengguna mereka dari menjadi yang pertama dalam memperkenalkan ciri atau fungsi terbaru dalam peranti flagship mereka.

Tetapan 3 Kamera Untuk Ulang Tahun Ke-10 Samsung?

Menurut khabar angin dari Korea Selatan, Samsung merancang untuk melakukan sesuatu yang istimewa untuk peranti Galaxy S10 mereka dan antaranya adalah tetapan 3 kamera untuk sistem kamera utama. Huawei melalui P20 Pro telah melakukan perkara tersebut dan hasilnya mendapat pujian daripada majoriti pemerhati industri. Tiada spesifikasi khusus lagi mengenai sistem 3 kamera tersebut dan apakah ini peranti pertama dari Samsung yang akan melepasi had harga $1000 (>RM4,000).

Tetapan 3 Kamera Untuk Ulang Tahun Ke-10 Samsung?

Galaxy S10 juga dikatakan akan terdapat dalam 3 versi dengan 2 versi teratas masing-masing akan menampilkan tetapan dwi-kamera dan juga 3 kamera. Jika benar, ini merupakan kali pertama untuk Samsung melancarkan 3 peranti utama dalam satu-satu masa selepas menggunakan sistem pengenalan dwi peranti sebelum ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY