Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Bagi Pengecas Percuma Untuk Tempahan Sehingga Oktober 2023

Tesla Bagi Pengecas Percuma Untuk Tempahan Sehingga Oktober 2023

Diterbitkan Ogos 3, 2023 · Dikemas kini Ogos 3, 2023 oleh ariff bukhari

Untuk menggalakkan lagi jualan kereta mereka yang bakal menjengah pasaran tempatan tidak lama lagi, Tesla menawarkan insentif pengecas Tesla Wall Connector yang akan diberikan secara percuma kepada semua pelanggan mereka yang membuat tempahan kereta Tesla sebelum 31 Oktober 2023.

Tesla Wall Connector itu yang berharga RM2,880 itu lengkap dengan kabel sepanjang 7.3 meter serta penyambung Type 2. Ia juga menyokong sambungan tanpa wayar WiFi untuk monitor secara jauh serta menerima kemas kini firmware.

Tesla Bagi Pengecas Percuma Untuk Tempahan Sehingga Oktober 2023
Tesla Wall Connector direka untuk rumah, pangsapuri, kondominium dan tempat kerja. Reka bentuk yang ringan membolehkan pemasangan serba boleh, dalaman atau luaran.

Untuk melayakkan anda mendapat pengecas Tesla ini secara percuma juga, Tesla Wall Connector itu mesti dipasang di alamat yang ditetapkan dalam borang pesanan kenderaan oleh pemasang yang diluluskan Tesla.

Ia tidak akan disediakan secara berasingan, jadi anda tidak akan dapat menjualnya jika anda sudah mempunyai pengecas AC di rumah melainkan anda mahu ‘nyahpasang’ pengecas itu terlebih dahulu.

Selain itu, pemasangan mesti disiapkan dalam tempoh 3 bulan selepas penghantaran kenderaan untuk melayakkan anda mendapat percuma Tesla Wall Connector itu.

Walaubagaimanapun, kos pemasangan berharga RM2,200 (RM2,500 di Sabah/Sarawak) adalah ditanggung oleh pelanggan Tesla sendiri.

Ini termasuklah peralatan standard seperti suis, pemutus litar, RCD dan kotak agihan.

Untuk kos kabel pula, ia adalah berharga RM36 semeter untuk kabel standard termasuk pendawaian sesalur/konduit, atau RM60 semeter untuk kabel berperisai.

Tesla Wall Connector hadir dengan jaminan selama 12 bulan di bawah promosi Tesla ini. Juga waranti 12 bulan dari pemasang yang Diluluskan Tesla untuk kerja pemasangan.

Berkaitan

  • Selepas Hanya 2 Pusingan, Mazda RX-7 YouTuber Diarah Keluar Dari Litar Nürburgring
  • Hanya Satu Ujian Teori Untuk Lesen Memandu Kereta, Motosikal
  • Pengguna Lebuhraya MEX Kini Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit, Kredit

Sumber: PaulTan

(Beli pelbagai aksesori untuk kereta Tesla baru anda nanti di Shoppe dan Lazada).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
©2026 WISER.MY