Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
New Tesla Model 3 Performance

Tesla Lancar Varian Prestasi Baharu Bagi Model 3, Kuasa Kuda Kini 510 Hp

Diterbitkan April 25, 2024 · Dikemas kini April 25, 2024 oleh ariff bukhari

Tesla kini melancarkan varian prestasi bagi EV Model 3 mereka di mana sebelum ini kuasa kudanya adalah 460Hp telah dipertingkatkan kepada 510Hp.

Tesla menyatakan, varian prestasi generasi ke-4 ini memberikan sehingga 22% lebih kuasa, peningkatan 32% kuasa maksimum dan penambahan 16% kuasa tork.

Peningkatan itu sekaligus menjadikan kuasa pecutan Model 3 kini setinggi 741 Nm yang membolehkan EV ini mencapai pecutan dari 0 ke 60 mph (~96.5km/j) hanya dalam masa 2.9 saat sahaja.

Menjadikannya sebagai Tesla Model 3 paling berkuasa ketika ini.

Tesla Lancar Varian Prestasi Baharu Bagi Model 3, Kuasa Kuda Kini 510 Hp
Varian prestasi baharu ini membolehkan Model 3 mencapai kelajuan maksimum 262km/j.

Turut ditawarkan dalam varian prestasi baharu ini adalah mod trek V3 yang lebih baik di mana ia kini menyepadukan kawalan motor, kawalan penggantungan, penyejukan powertrain & Pengawal Dinamik Kenderaan (VDC)  di bawah satu sistem.

Varian prestasi baharu untuk model 3 ini adalah bermula dari USD40,490.

Sebagai perbandingan, harga varian prestasi untuk Tesla Model 3 di Malaysia ketika ini berharga RM242,000.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Tesla

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY