Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ujian memandu_AWANI

Hanya Satu Ujian Teori Untuk Lesen Memandu Kereta, Motosikal

Diterbitkan Ogos 2, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 2, 2023 oleh Amalina Athman

Individu yang telah mempunyai lesen memandu kereta atau motosikal tidak perlu menjalani ujian teori kali kedua untuk memohon lesen dalam kelas berlainan, berkuat kuasa 15 September 2023.

Berkaitan

  • Mulai 8 Mei, Lesen Memandu Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh Maksimum 10 Tahun
  • MOT Beri Kebenaran Khas Perbaharui Lesen Memandu Tamat Tempoh Tanpa Jalani Semula Ujian

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, sebagai contoh seseorang yang sudah lulus ujian Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) dalam lesen memandu motosikal tidak perlu menduduki KPP01 untuk kali kedua apabila mengambil lesen memandu kereta.

Dalam erti kata lain, kelas teori dan ujian tersebut digabungkan tanpa perlu menjalaninya buat kali kedua.

Bagaimanapun, calon masih wajib menjalani latihan dan menduduki ujian praktikal di litar dan jalan raya secara berasingan apabila mengambil lesen memandu motosikal dan kereta.

Loke berkata kaedah penggabungan itu pernah diamalkan di Malaysia sebelum ia diubah pada suatu ketika. Dengan menggunakan semula kaedah itu, ia memudahkan cara pengambilan lesen memandu serta menjimatkan masa dan kos sehingga RM100 bagi pemohon lesen.

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: AWANI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
©2026 WISER.MY