Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pembayaran Terbuka Tol

Pengguna Lebuhraya MEX Kini Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit, Kredit

Diterbitkan Ogos 3, 2023 · Dikemas kini Ogos 3, 2023 oleh Amalina Athman

Pengguna Lebuhraya MEX kini boleh membuat pembayaran di Plaza Tol Putrajaya dengan menggunakan kad debit, kredit dan kad prabayar.

Berkaitan

  • Tiga Kementerian Akan Bincang Perluas Sistem Pembayaran Terbuka Ke Lebuhraya PLUS
  • Lagi 5 Tol Dipilih Untuk Terima Kad Debit, BESRAYA Jadi Yang Pertama Cuba MLFF

Melalui pengujian Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka atau Open Payment System (OPS) di Plaza Tol Putrajaya, ia menjadi yang pertama melaksanakan pembayaran secara terbuka itu.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ia merupakan kaedah alternatif bagi pembayaran sedia ada seperti MyRFID, SmartTag dan Touch ‘n GO.

Tambahnya, OPS akan beroperasi sepenuhnya menjelang September 2023, yang mana akan meliputi 12 lebuh raya, 31 plaza tol dan merangkumi 87 lorong tol.

Seperti diumumkan sebelum ini, antara lebuh raya yang terlibat dalam pelaksanaan OPS termasuk BKE, BESRAYA, NPE, AKLEH, GCE, LDP, SPRINT, KESAS, SMART, MEX, DUKE dan JPP.

Sumber: Alexander Nanta Linggi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY