Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Terjemahan Bahasa Melayu Dari Google Translate Semakin Baik

Terjemahan Bahasa Melayu Dari Google Translate Semakin Baik

Diterbitkan Julai 10, 2017 oleh Helmi Samsuri

Terjemahan daripada Google Translate kadang-kala boleh membuatkan kita geli hati membacanya.

Ia menterjemah perkataan dan bukannya ayat secara keseluruhan, disebabkan itu maksud ayat menyimpang daripada teks sebenar.

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, pada tahun lalu Google telah memperkenalkan sistem baru dikenali sebagai Google Neural Machine Translation (GNMT).

Bagi sistem terjemahan baru ini, Google telah melatih Google Translate dengan berbilion dokumen berbahasa asal serta versi terjemahan.

Ini menjadikan terjemahan yang dihasilkan lebih baik tetapi masih terdapat kekurangan menterjemah:

  • Bahasa pasar/ bahasa seharian
  • Simpulan bahasa/ungkapan
  • Dialek

Baru-baru ini Bahasa Melayu telah ditambah ke dalam senarai bahasa yang disokong sistem GNMT.

Terjemahan Bahasa Melayu Dari Google Translate Semakin Baik

Mesin neural  Google Translate kini menyokong 77 jenis bahasa, antaranya adalah bahasa:

  • Mandarin
  • Jepun
  • Korea
  • Itali
  • Perancis
  • Sepanyol

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY