Jika ayat yang digunakan pada papan tanda tersebut menggunakan bahasa latin, mungkin tidak bermasalah bagi anda untuk membuat carian di Google. Tetapi bagaimana pula jika menggunakan huruf yang sukar seperti Jepun, China atau Rusia?
Anda sangat beruntung untuk hidup dizaman yang serba-serbi canggih dan mudah. Kini anda boleh menggunakan kamera telefon pintar untuk menterjemah bahasa asing dengan mudah dan pantas. Berikut merupakan langkah-langkah untuk menjadikan kamera telefon anda sebagai penterjemah bahasa.
- Pastikan anda memuat turun aplikasi Google Tranlaste kedalam telefon pintar.



2. Supaya boleh digunakan secara luar talian , masuk ke aplikasi Google Translate, klik menu (ikon tiga baris) dan pilih "Offline Translation". Muat turun bahasa negara mana yang anda hendak pergi dan sudah semestinya muat turun bahasa yang anda fahami seperti bahasa Melayu dan juga Inggeris
3. Untuk mula menterjemah bahasa asing, pergi ke aplikasi Google Translate dan pilih bahasa yang ingin diterjemah pada ruang kiri atas, dan pilih bahasa untuk hasil terjemahan di ruang kanan atas.
4. Klik ikon kamera, lalu halakan kamera ke arah teks yang ingin diterjemah. Secara automatik, hasil terjemahan akan dipaparkan secara masa sebenar.


4. Walaupunbegitu, tidak semua terjemahan boleh diterjemah secara masa sebenar. Jadi anda perlu tekan butang capture (ikon kamera berwarna merah) untuk tangkap gambar ayat tersebut, dan highlight ayat mana yang hendak diterjemah dengan menggunakan jari. Selepas itu, terjemahan ayat akan dipaparkan di bahagian atas.
Mudah bukan?
Berkaitan
- 5 Fungsi Android Terawal Yang Masih Kita Gunakan Hari Ini
- Xiaomi Adakan Promosi Sempena Penyenaraian Syarikat Dalam Bursa Saham Hong Kong
- Aplikasi Facebook Sudah Lepas 5 Bilion Pemasangan Pada Peranti Android
- Google Pixel 2 Dilapor Akan Dilancarkan Pada 5 Oktober Hadapan
- Penumpang Grab Mesti Rakam Gambar Selfie Sebelum Naiki Kenderaan Bermula 12 Julai
- Huawei Berjaya Kutip Lebih RM3 Juta Dalam Masa 24 Jam Pada Jualan 11.11 Lalu
- WhatsApp Perkenal Ciri Catalog Untuk Mudahkan Pelanggan Melihat Senarai Produk
- TM Tangguh Dulu Promosi Unifi Lite 10Mbps RM99
- Instagram Mula Banteras Pengikut, Komen Dan Likes Palsu
- 11 Pembaharuan Yang Bakal Dibawa MIUI 11 Kepada Peranti Anda