Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Firefox 72

Terdapat Kecacatan Keselamatan Kritikal Pada Aplikasi Pelayar Firefox 72

Diterbitkan Januari 11, 2020 oleh ariff bukhari

Pengguna diminta segera mengemas kini pelayar tersebut kepada versi 72.0.1.

Agensi keselamatan siber dan infrastruktur Amerika (CISA) hari ini mengeluarkan amaran keselamatan kritikal kepada pengguna aplikasi pelayar Firefox versi 72.

Ia berikutan telah berlakunya insiden penggodaman komputer menerusi eksploitasi terhadap kecacatan yang terdapat pada pelayar tersebut.

“An attacker could exploit this vulnerability to take control of an affected system. This vulnerability was detected in exploits in the wild.” CISA

Pihak pembangunnya, Mozilla telah pun melepaskan kemas kini versi Firefox 72.0.1, Firefox ESR 68.4.1 dan Thunderbird 68.4.1  kepada pengguna Firefox, Firefox ESR dan Thunderbird bagi menangani isu eksploitasi ini.

“Incorrect alias information in IonMonkey JIT compiler for setting array elements could lead to a type confusion. We are aware of targeted attacks in the wild abusing this flaw.” Mozilla.

Jadi, kepada pengguna yang aktif menggunakan pelayar ini, bolehlah segera mengemas kini Firefox 72 kepada 72.0.1 dengan segera.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Menjelang 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
©2026 WISER.MY