Ciri Picture-in-picture kini boleh diaktifkan oleh pengguna Firefox di platfom Mac dan Linux.
Versi terbaru aplikasi pelayar Firefox 72 baru sahaja dilepaskan kepada pengguna komputer hari ini. Dalam versi terbaru ini, Mozilla memuatkan 3 ciri baru untuk pengguna Firefox.
Tetapan Fingerprinters
Pada November 2019 lalu, Mozilla telah pun memaklumkan bahawa mereka akan meningkatkan lagi ciri perlindungan penjejakan pelayar mereka menerusi versi Firefox 72 dengan memperkenalkan ciri tetapan Fingerprinters
Jadi kini Firefox 72 secara automatik akan mengaktifkan ciri tersebut. Tetapi pengguna boleeh mematikan ciri itu menerusi tetapan Privacy & Security > Enhanced Tracking Protection > Custom.
Lebih kawalan terhadap notifikasi
Kebanyakkan laman sesawang kini dilengkapi ciri paparan notifikasi. Ia bagus bagi anda mudah dan cepat mendapatkan info terbaru. Tetapi ia juga mungkin akan menjengkelkan pengguna jika terlalu banyak dan kerap notifikasi yang diterima mereka.
Maka Firefox 72 kini dilengkapi tetapan yang memudahkan mereka mengakses untuk membenarkan atau tidak notifikasi dipaparkan pada pelayar Firefox.
Picture-in-picture
Ciri Picture-in-picture mula diperkenalkan Mozilla pada Firefox versi 71. Tetapi pada peringkat awal ia hanya boleh diaktifkan pengguna Firefox di platfom Windows sahaja.
Jadi, bermula versi Firefox 72, pengguna Mac dan Linux juga kini sudah boleh mengaktifkan ciri tersebut.
Berkaitan
- Hanya Dalam Tempoh 3 Tahun, Pelayar Firefox Telah Kehilangan Sejumlah 46 Juta Penggunanya
- Pelayar Firefox 71 Kini Dengan Ciri Picture in Picture
- Pengguna Firefox Digesa Segera Kemas Kini Aplikasi Pelayar Mereka
- Pelayar Firefox Kini Spesies Terancam
- Firefox Bakal Tamatkan Sokongan Ke Atas Windows 7, 8 Dan macOS Terdahulu
- Bermula Versi Firefox 72, Mozilla Akan Menyekat Kaedah Penjejakan "Fingerprinters"
- Malwarebytes Menawarkan 'Extension' Perlindungan Percuma Untuk Pelayar Chrome Dan Firefox
- Mozilla Mengemas Kini Aplikasi Pelayar Firefox Preview Kepada Versi 2.0
- Mozilla Bakal Melancarkan Versi Pelayar Firefox Premium Pada Tahun Ini
- Microsoft Mengesyorkan Pengguna Pelayar Firefox Supaya Beralih Kepada Microsoft Edge