Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Temerario, Lamborghini Hibrid Dengan 3 e-Motor Dan Enjin V8 Turbo Berkembar

Posted on Ogos 19, 2024Ogos 19, 2024

Pengeluar kereta berprestasi terkemuka dari Itali, Lamborghini telah melancarkan Temerario (atau dalam bahasa Melayunya, semborono) adalah kereta sport super serba baharu yang dilengkapi dengan penjana kuasa hibrid V8 turbo berkembar.

Temerario ialah model kedua dalam rangkaian Lamborghini High Performance Electrified Vehicle (HPEV), selepas Revuelto.

Penjana kuasa hibrid baharu itu menggabungkan enjin V8 turbo berkembar baharu dengan 3 motor elektrik, menghamburkan kuasa sebanyak 920HP.

V8 turbo berkembar itu telah direka dan dibangunkan dari awal di Sant’Agata Bolognese dan merupakan enjin kereta sport super pengeluaran pertama dan satu-satunya yang mampu mencapai sehingga 10,000 rpm.

Buat pertama kalinya menerusi Temerario, Lamborghini tawarkan pakej ‘Alleggerita’ (ringan) untuk pelanggan yang lebih berorientasikan pemanduan trek. Ia mengurangkan berat kereta sebanyak 12.65 kg melalui komponen badan sahaja, dengan pengurangan lebih 25 kg, rim karbon dan ekzos titanium.

Menurut Lamborghini, Temerario mampu mencapai kelajuan maksimum melebihi 340 km/j (210+ mph) dan kuasa pecutan dari 0 hingga 100 km/j (0-62 mph) dalam masa 2.7 saat sahaja.

Lamborghini Temerario juga dilengkapi dengan pek bateri kuasa tinggi lithium-ion (4500 W/kg) yang terletak di dalam terowong tengah, mengekalkan pusat graviti kereta serendah mungkin dan memastikan pengagihan berat yang optimum.

Buat pertama kalinya, sudut penumpang mempunyai paparan nipis dan bermaklumat mereka sendiri, yang boleh mereka gunakan untuk dapatkan maklumat pemanduan dan fungsi kenderaan.
Lamborghini membangunkan grafik dan reka bentuk baharu secara eksklusif untuk Temerario dengan 3 skrin iaitu skrin 8.4 inci, 12.3 inci serta 9.1 inci.

Bateri dilindungi oleh lapisan struktur yang lebih rendah dan disambungkan ke motor elektrik hadapan, motor elektrik belakang dan unit pengecasan semula bersepadu.

Apabila turun kepada sifar, ia boleh dicas semula menggunakan kedua-dua arus bolak-balik domestik biasa dan lajur pengecasan sehingga kuasa 7 kW, dan mengecas semula sepenuhnya dalam masa 30 minit sahaja.

Ia juga boleh dicas semula di bawah brek regeneratif dari roda hadapan atau terus daripada enjin V8.

Dilengkapi tayar Bridgestone 20 inci di hadapan dan 21 inci di belakang, pemandu boleh terus memandu dengan selamat sejauh 80km pada kelajuan sehingga 80km/j jika berlaku tayar pancit.

Temerario dilancarkan dengan dua warna khusus baharu, Blu Marinus (biru) dan Verde Mercurius (hijau). Tapi Lamborghini tawar lebih 400 warna badan khas yang akan tersedia melalui program Ad Personam Lamborghini.

Walaupun tidak diumumkan secara rasmi harga jualan bagi Temerario ini, tapi harga jualannya dijangka tidak jauh beza dengan Lamborghini Revuelto iaitu sekitar RM6.5 juta termasuk cukai.

Sumber: Lamborghini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress