Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (210)

Xiaomi Umum Ninebot Gokart Pro Edisi Lamborghini Dengan Kelajuan Maksimum 40km/h

Diterbitkan Ogos 12, 2020 · Dikemas kini Ogos 12, 2020 oleh Meor Hasyim

Selain Mi 10 Ultra, Redmi K30 Ultra, dan Mi TV LUX OLED, Xiaomi juga turut mengumumkan Ninebot Gokart Pro Lamborghini Edition.

Xiaomi Umum Ninebot Gokart Pro Edisi Lamborghini Dengan Kelajuan Maksimum 40km/h

Ia merupakan gokart elektrik yang menerapkan elemen-elemen jenama Lamborghini seperti rekaan dan warnanya. Ia mempunyai beberapa mod memandu seperti safety (8km/h), novice (18km/h), sports (28km/h) dan juga kelajuan maksimum 40km/h.

Ia dibekalkan dengan bateri berkapasiti 432Wh yang boleh memacu sejauh 25km satu cas penuh yang juga bersamaan dengan 62 pusingan pada trek 400m.

Xiaomi Umum Ninebot Gokart Pro Edisi Lamborghini Dengan Kelajuan Maksimum 40km/h

 

 

Berbanding gokart dengan enjin petrol, gokart elektrik lebih senyap namun mendatangkan kekurangan seperti ketiadaan bunyi enjin motor.

Disebabkan itu, gokart elektrik ini dilengkapi dengan pembesar suara yang mengemulasikan deruman enjin seperti sebuah kereta Lamborghini.

Tambahan lain, pembesar suara juga boleh digunakan sebagai pemain muzik yang disambungkan melalui Bluetooth.

Yang paling menarik adalah gokart ini boleh dileraikan dan dijadikan sebuah skuter elektrik. Kelajuan maksimum yang boleh dipacu adalah 20km/h dan mampu bertahan jarak sehingga 38km jauhnya.

Screenshot (209)

Xiaomi Ninebot Gokart Pro Edisi Lamborghini ini dijual dalam kuantiti terhad sahaja di China buat masa ini. Harga satu unit dijual pada 9,999 Yuan (~RM6,040).

Rujukan: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY