Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lamborghini Hibrid Pertama Tiba Di Malaysia, Harga Termasuk Cukai Dari RM6.5 Juta

Lamborghini Hibrid Pertama Tiba Di Malaysia, Harga Termasuk Cukai Dari RM6.5 Juta

Diterbitkan September 4, 2023 · Dikemas kini September 4, 2023 oleh ariff bukhari

Lamborghini telah mengumumkan kehadiran model kereta hibrid berkuasa mereka iaitu Revuelto.

Revuelto adalah Kenderaan Elektrik Berprestasi Tinggi (HPEV) yang telah dilancarkan Lamborghini dalam bulan Mac 2023 lalu.

Ia juga merupakan kereta hibrid pertama dihasilkan syarikat itu.

Revuelto dikuasakan oleh enjin V12 bersasaran 6.5l, kotak gear 8 kelajuan yang digabungkan dengan sistem hibrid 3 motor elektrik (2 di hadapan, 1 di belakang) yang dikuasakan bateri lithium-ion berkuasa tinggi.

Revuelto 2
Revuelto 1
Revuelto 3

Sistem hibrid Revuelto mampu menghasilkan kuasa maksimum 1,015 hp sekaligus mampu memecut dari 0 ke 100km/j sepantas 2.5 saat sahaja.

Kelajuan maksimum yang mampu dicapainya pula adalah 350 Km/j.

Revuelto boleh dipandu menggunakan mod elektrik sepenuhnya yang memberikan jarak perjalanan sejauh 6 batu (~10 Km).

Harga jualan Lamborghini Revuelto di Malaysia adalah bermula dari RM2.5 juta (sebelum cukai) atau dari RM6.5 juta termasuk cukai.

Revuelto dilengkapi dengan jaminan 3 tahun dan jaminan bateri selama 8 tahun sehingga 160,000 Km.

Berkaitan

  • MIMOS Bangunkan Motosikal RE-EV Pertama Di Malaysia
  • Biarkan Kereta Dicas Semalaman Di Rumah Bukanlah Cara Yang Betul - Kajian
  • Nevera, Kereta Elektrik Paling Berkuasa Di Dunia, Pecah Dan Catat 23 Rekod Baru Dalam Sehari

Sumber: paultan.org, Lamborghini, Fortune

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY