Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lamborghini Terpakai Ini Adalah Kereta Termahal Di Dunia Berjaya Dijual Secara ‘Online’

Lamborghini Terpakai Ini Adalah Kereta Termahal Di Dunia Berjaya Dijual Secara ‘Online’

Diterbitkan Jun 15, 2024 · Dikemas kini Jun 15, 2024 oleh ariff bukhari

Lamborghini yang terkenal dengan kereta-kereta berkuasa tinggi telah mencipta rekod sebagai kereta termahal di dunia yang berjaya dijual secara ‘online’.

Ia dicapai menerusi model Lamborghini Veneno Roadster yang berjaya dijual pada harga US$6,000,000 (~RM28,319,243) oleh pengedar kenderaan mewah yang bertanggungjawab untuk penjualan itu, SBX Cars.

Ia menewaskan satu lagi kereta super yang dijual SBX pada 2022 dahulu iaitu Ferrari LaFerrari Aperta 2017 yang berharga US$5.36 juta.

https://x.com/sbxcars/status/1801230540152156301

Tanpa mendedahkan siapa pemilik baharu Lamborghini Veneno Roadster 2015 ini, tetapi kereta berkuasa tinggi ini pernah dimiliki oleh ahli keluarga diraja Arab Saudi dan telah dipandu hanya sejauh 1,105 batu (~1,778 km) sepanjang hayatnya.

Ia dikuasakan oleh enjin 6.5 liter V-12 yang berupaya menghasilkan sehingga 740 kuasa kuda dan tork setinggi 509 paun kaki (690.11 nm).

Dengan hamburan kuasa setinggi itu, Veneno Roadster ini mampu memecut dari 0 ke 62 mph (~99km/j) dalam masa hanya 2.9 saat dan mencapai kelajuan tertingginya 220 batu sejam (~354km/j).

lamborghini Veneno Roadster
Lamborghini Terpakai Ini Adalah Kereta Termahal Di Dunia Berjaya Dijual Secara ‘Online’
Lamborghini Terpakai Ini Adalah Kereta Termahal Di Dunia Berjaya Dijual Secara ‘Online’

Walaupun penampilannya yang melampau menjadikannya kelihatan seperti kereta lumba, supercar dengan atas terbukanya itu sah bergerak di jalan raya.

Kereta ini mempunyai bahagian luar hitam matte, gentian karbon terdedah, jalur dan aksen hijau limau, dan sayap yang besar di bahgian belakangnya.

Warna itu dibawa ke bahagian dalam hitam, yang menampilkan kulit hijau limau di seluruh kabin. Ia terletak pada tempat duduk, stereng, pemuka dan bahagian tengah konsol.

Bagi anda yang mungkin tidak tahu, SBX Cars dimiliki dan dikendalikan oleh pempengaruh terkenal yang dikenali sebagai  Supercar Blondie (SB). Ia adalah satu-satunya platform lelongan digital yang khusus membawakan anda kenderaan yang jarang ditemui dan kenderaan koleksi dari seluruh dunia untuk menyediakan ruang di mana pembeli dan penjual kenderaan premium di seluruh dunia boleh berhubung.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Kajian Terbaru Dedah Bagaimana Suhu Panas Beri Kesan Ke Atas Prestasi Bateri EV

Sumber: motor 1.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY