Telegram Perkenal Ciri Lokasi Masa Sebenar, Pemain Media Serta Sokongan Bahasa Malaysia

Telegram kini telah mula mengeluarkan kemaskini 4.4 yang mana ia menawarkan beberapa fungsi menarik, dan dalam masa yang sama dapat membantu anda menggunakan platform tersebut dengan lebih baik lagi.

Antara ciri yang terkandung dalam kemaskini itu adalah, perkongsian lokasi secara masa sebenar, pemain media yang baru serta sokongan kepada bahasa termasuk Bahasa Malaysia. Menarik tentang perkongsian masa sebenar adalah anda boleh berkongsi lokasi semasa kepada rakan dan juga kumpulan di dalam aplikasi tersebut.



Sekiranya kenalan yag lain berkongsi lokasi masa sebenar mereka, peta interaktif akan terpapar lokasi mereka semua.

Turut diberi nafas baru adalah pemain audio dalam aplikasi yang mana ia akan memberi sokongan lebih baik untuk memainkan fail muzik format MP3 yang anda hantar atau terima.

Bagi kemaskini bahasa, Telegram kini menawarkan sokongan kepada 13 bahasa termasuklah Bahasa Malaysia. Kemaskini ini sudah boleh dimuat turun bagi kedua-dua platform telefon pintar dan anda boleh memuat turunnya di Google PlayStore atau App Store.

Sumber: Telegram