Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Prototaip iPhone Generasi Pertama Dilelong Di e-Bay

Prototaip iPhone Generasi Pertama Dilelong Di e-Bay

Diterbitkan September 2, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sebuah model prototaip iPhone generasi pertama telah ditemui dalam laman beli-belah e-Bay baru-baru ini.

Prototaip iPhone Generasi Pertama Dilelong Di e-Bay

 

Dibuat pada tahun 2006, ia merupakan model yang diuji terlebih dahulu sebelum produk akhir dipasarkan pada tahun berikutnya.

Prototaip iPhone Generasi Pertama Dilelong Di e-Bay

Prototaip iPhone Generasi Pertama Dilelong Di e-Bay

Menurut pelelong, terdapat beberapa perbezaan antara model prototaip ini dengan produk akhir iPhone yang dijual dipasaran pada 2007 dahulu. Antaranya adalah…

  • Pelekat yang memaparkan Ver 1.1.1
  • Menjalankan beberapa perisian ujian termasuklah OS X dan Earthbound
  • Lebih berat (144.5 gram) berbanding iPhone normal (135 gram)
  • Berbeza bateri, komponen WiFi dan beberapa yang lain
  • Dibuat di pengkalan Apple iaitu di Cupertino, California. (Penghasilan besar-besaran iPhone di lakukan di China)
  • Nama kod rahsia adalah Project Purple, sebelum menggunakan nama iPhone.
  • Tersangat terhad, hanya beberapa model prototaip wujud.
  • Dicari-cari oleh ramai pihak yang berminat.

Prototaip iPhone Generasi Pertama Dilelong Di e-Bay

Bidaan yang dilaporkan tiga hari lepas sudah mencecah $31,100 (~RMĀ 128000) dan ia dilaporkan semakin meningkat. Berdasarkan tinjauan hari ini, pautan kepada lelongan tersebut sudah tiada.

Sumber: Lowyat.net, e-Bay, 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY