Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Layari Media Sosial Tanpa Had Dengan App-Onz Dari U Mobile

Layari Media Sosial Tanpa Had Dengan App-Onz Dari U Mobile

Diterbitkan Februari 17, 2017 oleh Helmi Samsuri

Perkataan “Onz” cukup sinonim dengan servis yang disediakan oleh U Mobile. Kalau Sebelum ini syarikat telco tersebut memperkenalkan Video-Onz, Music-Onz, dan Game-Onz, terkini mereka melancarkan satu pelan baru mengandungi App-Onz.

Pelan prabayar yang dikenali sebagai Unlimited Power itu telah dilancarkan U Mobile semalam. Ia menawarkan data internet tanpa had kepada para pengguna khusus untuk penggunaan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter menerusi servis App-Onz.

Selain itu, dengan tambah nilai RM10 untuk pelan prabayar ini, pengguna akan menikmati 10 minit panggilan percuma setiap hari kesemua nombor U Mobile yang lain berdasarkan tempoh aktif nombor pengguna. Untuk panggilan suara biasa kadar serendah 12 sen/30 saat akan dikenakan termasuk percuma data internet 1GB setiap bulan.

Bagi tambah nilai RM30 dan juga langganan pelan UMI 30, pengguna akan menerima servis App-Onz, data berkelajuan tinggi sebanyak 7.5GB, servis Video-Onz yang menyediakan penstriman video sebanyak 2.5GB serta 30 minit panggilan suara percuma ke semua rangkaian.

Jadi jika anda seorang yang kerap menggunakan media sosial boleh mempertimbangkan untuk melanggan prabayar baru U Mobile ini.

Sumber: U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY