realme X50 Pro Player Diperkenalkan, Spesifikasi Sedikit Berbeza Dengan Sebelumnya

Sedang kita meraikan hari raya kedua pastikan di rumah masing-masing ya), realme di China telah mengadakan acara pelancaran beberapa buah peranti termasuklah realme X50 Pro Player yang dikemaskini dengan HyperBoost 3.0.



Rekaannya sama seperti realme X50 Pro dan masih mengekalkan spesifikasi seperti skrin AMOLED 6.44 inci, kadar segar semula 90Hz, Snapdragon 865, RAM LPDDR 5 dan USF 3.0.



Selain itu, disertakan juga sistem penyejukan dengan lapisan grafit yang diletakkan antara panel belakang dan bateri untuk membebaskan haba dengan lebih baik.

Berkenaan dengan HyperBoost 3.0, ia dikatakan mampu meningkatkan pengalaman permainan dengan tiadanya notifikasi yang berlebihan, tiada aplikasi yang berjalan pada latar belakang sementara perkhidmatan lokasi dimatikan. Ciri ini turut menyediakan pertukaran antara Wi-Fi atau LTE atau rangkaian 5G tanpa sebarang lag.



Perbezaan antara realme X50 Pro 5G dan versi Player adalah kamera utama bahagian belakang diubah daripada 64MP kepada 48MP. Lensa telefoto juga hanya menggunakan 2MP berbanding sebelumnya yang mempunyai 12MP.

Kombinasi kamera hadapan turut ditukar daripada 32MP dan 8MP kepada 16MP dan 2MP.

Lain-lain spesifikasi dilihat masih sama seperti bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 65W. Harga realme X50 Pro ditetapkan berbeza mengikut konfigurasi memori iaitu...

  • RAM 6GB/128GB - 2699 yuan (~RM1650)

  • RAM 8GB/128GB - 2999 yuan (~RM1833)

  • RAM 12GB/128GB - 3299 yuan (~RM 2016)


Sumber: Weibo via GSMArena