Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Salmon Dan Medaka, Dua Kod Nama Baru Dikhabarkan Untuk Peranti Google

Salmon Dan Medaka, Dua Kod Nama Baru Dikhabarkan Untuk Peranti Google

Diterbitkan Januari 30, 2019 · Dikemas kini Januari 30, 2019 oleh Helmi Samsuri

Google dilihat gemar memberikan nama kod pada peranti yang sedang dibangunkan dengan nama-nama ikan.

Seperti contoh, Sailfish dan Marlin untuk Pixel keluaran pertama, Walleye, Taimen serta Muskie untuk Pixel generasi kedua, Bluelie dan Crosshatch bagi keluaran terbaru, juga Bonito dan Sargo yang dikhabarkan nama kod bagi Pixel 3 Lite.

Kini, menambah lagi senarai “ikan-ikan” sedia ada, @deletescape membuat kicauan di Twitter  bersumberkan laman AOSP, menyatakan Salmon dan Medaka sebagai peranti terbaru dari Google.

Here are the upcoming Google device codenames #leaked:#salmon and #medaka.
None of the devices has a notch and medaka is most probably the rumored Pixel Watch. More info should surface soon.

— Till Kottmann (@deletescape) January 25, 2019

Kicauan itu turut menyatakan peranti-peranti ini tidak akan mempunyai takuk dan berkemungkinan Medaka adalah Pixel Watch.

Menurut laman Android Police, kedua-dua pengulas yang terdapat di laman itu merupakan ahli pembangun Wear OS.

Informasi ini sedikit sebanyak terkait dengan laporan Google membeli teknologi jam tangan pintar Fossil. Pixel Watch dikhabarkan akan mempunyai tiga variasi disamping sokongan GPS, LTE, VoLTE, sensor pengesan kecergasan, dan  cip Snapdragon Wear 3100.

Sumber foto utama: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY