Boleh dikatakan permintaan pembeli di India terhadap model Xiaomi amat tinggi dan contoh terbaru adalah dengan kejayaan telefon pintar jenama tersebut terjual sebanyak 1 juta unit dalam masa hanya 48 jam sahaja.
Dua platform e-dagang, Flipkart dan Amazon India telah mengadakan promosi untuk beberapa jenis barangan termasuklah telefon pintar. Menerusi promosi itu, Xiaomi India telah mengesahkan sejumlah 1 juta unit telefon pintar dari beberapa model berjaya dijual dalam tempoh 2 hari sahaja.
Difahamkan Redmi Note 4, Redmi 4 dan Redmi 4A antara model yang mencatatkan pembelian tertinggi. Antara produk Xiaomi lain yang turut ditawarkan pada promosi berkenaan adalah, Mi Air Purifier 2, Mi Routers, Mi Power Banks dan fon telinga.
Sumber: Xiaomi
Berkaitan
- TM Berkolaborasi Dengan Netflix, Membawakan Akses Mudah Ke Rangkaian TV Internet Tersebut
- Telefon Milik Peguam Negara Dan Beberapa Menteri Dilapor Telah Digodam
- Realme 5 Dan Realme 5 Pro Diperkenalkan, Mempertaruhkan 4 Kamera
- Sarung Tangan Ini Boleh Ubah Bahasa Isyarat Kepada Ayat
- SKMM Buka Jualan Set Top Box Berkuat Kuasa 15 Ogos 2018
- Asus Umum Dua Variasi Laptop TUF Gaming, FX505DY Dan FX705DY
- Macpie Distribution Kini Pengedar Sah Nokia Di Malaysia
- Perkhidmatan Unifi Dan Maxis Fibre Mengalami Gangguan Di Beberapa Kawasan
- Sambungan Internet Gigabit Tanpa Wayar, Terragraph Akan Dimulakan Di Pulau Pinang
- Digi Mudahkan Pengguna Membeli Dan Mengurus Data Internet Dalam Android