Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3d photo facebook-side

Telefon Satu Kamera Kini Sudah Boleh Merakam 3D Photo Facebook

Diterbitkan Februari 29, 2020 oleh Helmi Samsuri

Pertama kali diperkenalkan pada Oktober 2018, ciri 3D photo kini sudah boleh digunakan untuk peranti yang hanya mempunyai kamera tunggal.

Ciri ini pada mulanya memerlukan peranti yang dilengkapi dengan dua atau lebih kamera untuk memberi kesan 3D pada imej yang diambil. Menerusi pengumuman yang dibuat oleh Facebook, mereka menggunakan kemampuan AI untuk mengubah imej 2D kepada 3D.

Telefon Satu Kamera Kini Sudah Boleh Merakam 3D Photo Facebook
Animasi menunjukkan proses yang dilakukan untuk mengubah imej 2D kepada 3D

Menurut Facebook, pengguna iPhone 7 dan keatas serta peranti pertengahan Android dan yang lebih baik boleh mencuba ciri perkongsian gambar 3D ini. Sekiranya masih tidak boleh menggunakannya, anda perlu menunggu dahulu kerana penawaran belum dibuat sepenuhnya. Melalui keupayaan yang diberikan ini, ia membawa maksud foto 3D boleh dihasilkan pada kamera selfie.

Cara untuk menghasilkan foto 3D untuk Facebook boleh dilihat pada artikel ini – Cara Menghasilkan Imej 3D Menggunakan Aplikasi Facebook.

Sumber: Facebook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY