Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Pintar Percuma Dan Diskaun Sehingga 80% Di Blue Cube Weekend

Telefon Pintar Percuma Dan Diskaun Sehingga 80% Di Blue Cube Weekend

Diterbitkan November 24, 2016 · Dikemas kini November 24, 2016 oleh Helmi Samsuri

Bersempena dengan Blue Cube Weekend yang akan bermula esok sehingga hari ahad ini (25/11/2016-27/11/2016), Celcom menawarkan pelbagai pilihan telefon pintar secara percuma  di rangkaian Blue Cube dan Celcom Centre seluruh negara. Pada masa yang sama, terdapat beberapa model telefon pintar yang akan dijual pada harga diskaun sehingga 80%.

Celcom sebenarnya tidak mengeluarkan senarai penuh peranti yang ditawarkan pada promosi hujung minggu ini. Memetik laporan dari laman lowyat.net, berikut merupakan model telefon pintar yang ditawarkan secara percuma pada promosi ini:

Sumber: lowyat.net
Sumber: lowyat.net

Untuk melayakkan anda menikmati tawaran istimewa ini, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mendaftar Celcom First Platinum atau First Gold Plus semasa promosi ini berlangsung. Untuk pelanggan sedia ada, mereka masih boleh mengambil bahagian dalam promosi ini dengan cara menaik taraf pelan yang mereka langgani.

Selain itu, pengunjung yang hadir ke Blue Cube atau Celcom Center yang terpilih berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi pertandingan yang bakal diadakan. Antara rangkaian Blue Cube yang terlibat adalah Sunway Pyarmid, Kuching, dan Suria Mall Kota Kinabalu disamping Celcom Center yang bertempat di Taman Molek Johor Bahru, Ipoh dan Kuantan.

Jumlah pengunjung yang hadir dijangka tinggi dan rangkaian kedai yang mengambil bahagian akan dibuka sehingga jam 10 malam. Maklumat lanjut tentang promosi hujung minggu ini boleh didapati di Blue Cube atau Celcom Center yang berhampiran dengan anda.

whatsapp-image-2016-11-24-at-2-34-11-pm
Senarai yang diperoleh dari Blue Cube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY