Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Pintar Nokia Dilapor Bakal Menikmati Kemaskini Android P Seawal Ogos Ini

Telefon Pintar Nokia Dilapor Bakal Menikmati Kemaskini Android P Seawal Ogos Ini

Diterbitkan Julai 2, 2018 · Dikemas kini Julai 2, 2018 oleh Haikel Areff

HMD Global sebelum ini sudah beberapa kali memberi jaminan bahawa semua peranti Nokia keluaran mereka akan menikmati kemaskini sistem Android terbaru dari Google iaitu Android P. Sehubungan dengan itu, menurut laporan terkini daripada laman sesawang nokiapoweruser.com, kemaskini tersebut mungkin akan tersedia untuk peranti-peranti berkenaan seawal bulan Ogos ini.

Dalam laporan berkenaan, Nokia Mobile Care telah menghantar satu kiriman e-mel kepada pengguna untuk memberitahu bahawa seorang pengguna mereka berkenaan perkara ini. Nokia yang sedang giat dalam usaha mereka untuk memperluaskan penggunaan sistem operasi Android One pada peranti keluaran mereka akan memastikan peranti-peranti mereka menjadi antara yang terawal untuk menggunakan Android P.

Telefon Pintar Nokia Dilapor Bakal Menikmati Kemaskini Android P Seawal Ogos Ini

Kredit : Android Beat

Perkara ini bersesuaian dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Google berkenaan perkara ini. Dalam kenyataan tersebut, mereka memberitahu bahawa kemaskini Android P akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini dan ramai berpendapat Ogos merupakan antara masa yang sesuai untuk memperkenalkannya kepada peranti-peranti Android di seluruh dunia.

Setakat ini, Google telah melancarkan versi percubaan beta bagi Android P untuk beberapa peranti sebelum sistem operasi berkenaan diperkenalkan secara rasmi. Antara peranti yang bertuah menerima sistem ini ialah OnePlus 6, Google Pixel 2 XL dan Nokia 7 Plus. Versi itu diperkenalkan bertujuan untuk mengenalpasti sebarang kekurangan atau perubahan yang perlu dilakukan agar versi akhir yang akan dilancarkan nanti tidak akan mendatangkan masalah kepada pengguna.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
©2026 WISER.MY