Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Pintar Ciptaan Pengasas Android Hanya Terjual 5000 Unit Sahaja

Telefon Pintar Ciptaan Pengasas Android Hanya Terjual 5000 Unit Sahaja

Diterbitkan September 29, 2017 ยท Dikemas kini September 29, 2017 oleh Helmi Samsuri

Salah seorang daripada pengasas bersama Android, Andy Rubin, telah menubuhkan satu start-up yang dikenali sebagai Essential. Syarikat itu telah berjaya membangunkan sebuah telefon pintar dengan rekaan bezel nipis, tetapi kedengaran ia tidak mendapat sambutan dari pembeli.

Berdasarkan satu laporan dari BayStreet Research, model ini hanya terjual sebanyak 5000 unit sahaja. Sesetengah orang berpendapat ia mungkin disebabkan Essential adalah nama baru dalam pasaran, tetapi jumlah itu terlalu sedikit dan menimbulkan persoalan dari ramai pihak lebih-lebih lagi ia merupakan hasil dari pengasas Android sendiri.

Angka jualan yang tidak memberansangkan itu mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti jarak tempoh pengenalan dan tawaran yang agak panjang. Rubin pertama kali memberi bayangan terhadap model ini pada Mac yang lalu, mengumumkannya pada bulan Mei dan 4 bulan selepas itu yakni September, barulah ia mula ditawarkan di pasaran.

Dalam tempoh 6 bulan itu, pelbagai jenama telah dilancarkan secara besar-besaran dari pengeluar gergasi seperti Samsung dan Apple. Hal ini boleh dijadikan asbab mengapa jumlah jualan Essential tidak begitu baik kerana ramai beralih tumpuan kepada model seperti Galaxy S8, HTC u11, iPhone 8 dan lain-lain.

Selain daripada itu, faktor harga yang agak tinggi juga boleh menyebabkan ia kurang mendapat perhatian. Telefon pintar Essential dijual pada harga $700 (~RM 2958) dan pada tanda harga sedemikian, sudah pasti pembeli berkira-kira sama ada untuk membeli jenama ini ataupun model dari pengeluar seperti Samsung dan Apple.

Sumber: ExtremTech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY