Ini Telefon Pertama Yang Buang Bicu Audio Dan Ia Bukan iPhone

Siapa dulu yang membuat "inovasi" menyingkirkan audio jack pada telefon? Pasti ramai yang menjawab Apple.

Dalam keturunan iPhone, yang pertama yang dibuang lubang audio 3.5mm ini ialah iPhone 7. Ia dilancarkan pada 2016.

Sebenarnya, telefon pintar pertama menyingkirkan bicu audio ialah Oppo Finder.

Selepas Finder, Oppo sekali lagi mengeluarkan telefon tanpa bicu audio dengan model Oppo R5 pada 2014.

Dah kenapa?


Oppo menanggalkan ciri ini kerana mahu menipiskan telefon mereka. Finder hadir dengan ketebalan 6.65mm manakala Oppo R5 selepasnya pula lebih nipis iaitu 4.85mm.

Untuk model kedua pula iaitu R5, ia hanya tebal sedikit saja daripada port MicroUSB yang masih luas digunakan waktu itu.

oppo finder

Oppo Finder dinobatkan telefon pintar paling nipis di dunia waktu itu.

Namun, Oppo membekalkan adapter untuk menyambungkan telefon dengan peralatan audio berwayar.

Berbeza dengan Apple, syarikat AS itu bukan mahu menipiskan peranti tetapi untuk mendapatkan ruang lebih bagi memuatkan komponen lain. Mungkin untuk bateri ataupun Taptic Engine.

Tapi Apple yang dapat nama?


Ini mungkin disebabkan jenama. Kalau di Malaysia, Oppo mula bertapak di Malaysia hanya sekitar 2014. Saya masih ingat antara ciri yang diiklankan oleh jurujual pada saya ialah gesture.

Kita telusuri sejarah, berapa banyak ciri yang diperkenal dan dibuang Apple menjadi ikutan jenama pengeluar Android lain? Takuk, bicu audio, ketiadaan pengecas dalam kotak, banyak lagi sedangkan mereka sendiri menyindir Apple awal-awalnya.

{suggest}

Tambah pula, Apple turut melancarkan AirPods ketika iPhone 7 diperkenal lantas mempengaruhi pengguna untuk bersedia hidup tanpa lubang 3.5mm dan membiasakan diri dengan TWS.

Selepas Oppo keluarkan 2 model tanpa bicu audio, jenama manakah yang mengikuti langkah itu? Selepas Apple pula melakukan perkara sama, berapa banyak pengeluar mengambil tindakan sama?

Itulah jawapan pada soalan di atas.

Sumber: Android Authority

Berkaitan