Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telco Disaran Teroka Kemudahan Internet Menerusi Satelit Ke Peranti

Telco Disaran Teroka Kemudahan Internet Menerusi Satelit Ke Peranti

Diterbitkan Disember 6, 2023 ยท Dikemas kini Disember 6, 2023 oleh Amalina Athman

Syarikat telekomunikasi (telco) disarankan meneroka kemudahan internet menerusi perkhidmatan satelit ke peranti supaya dapat diakses di mana-mana kawasan dengan mudah, khususnya di kawasan yang tidak mempunyai capaian internet.

Berkaitan

  • KKD Teliti Guna Teknologi Satelit Sebagai Menara Telekomunikasi

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata berikutan 2.7% kawasan masih memerlukan asas 4G di negara ini, pihaknya kini sedang meneliti perkara tersebut khususnya berkaitan teknologi satelit, yang diharap dapat diguna pakai menjelang 2025.

Ini bermaksud kawasan terpencil yang langsung tidak ada liputan. Kalau telco ada menyediakan perkhidmatan satelit ke peranti, maka kita akan ada internet di mana-mana sahaja kita berada.

Tambahnya, ketika ini dapat dilihat beberapa teknologi yang disediakan melalui satelit membolehkan pengguna mendapat liputan secara terus daripada perkhidmatan itu.

Sementara itu, Fahmi turut memaklumkan pihak kementeriannya dijangka mengumumkan entiti rangkaian kedua selain Digital Nasional Berhad (DNB) yang akan menyediakan perkhidmatan 5G di Malaysia setelah capaian 5G di negara ini mencecah 80%.

Beliau menyatakan dengan kewujudan rangkaian kedua itu, sebahagian daripada telco akan berada di bawah DNB, manakala sebahagian lagi akan bersama entiti kedua.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY