Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teknologi GPU Turbo Dari Huawei Bakal Terima Pesaing Baharu

Teknologi GPU Turbo Dari Huawei Bakal Terima Pesaing Baharu

Diterbitkan Julai 25, 2018 oleh Haikel Areff

Pada bulan lepas, Huawei telah mengumumkan berkenaan satu teknologi baru, GPU Turbo melalui pelancaran model telefon pintar di bawah jenama Honor iaitu Honor Play. Teknologi tersebut akan mengoptimumkan prestasi unit pemprosesan grafik(GPU) peranti bagi memberi pengalaman bermain dan penggunaan kuasa yang lebih baik bagi pengguna peranti dengan sistem cip Kirin.

Tidak mahu ketinggalan dengan pesaingnya, Qualcomm dikatakan sedang dalam proses terakhir untuk membangunkan teknologi yang hampir serupa iaitu Adreno Turbo. Tujuan dan kegunaannya juga dilaporkan tidak banyak berbeza dengan GPU Turbo.

Teknologi GPU Turbo Dari Huawei Bakal Terima Pesaing Baharu

Perkara ini telah menjadi tular sejak beberapa hari yang lalu, selepas Qualcomm China telah memuatnaik satu imej poster berkaitan satu majlis pelancaran yang akan berlangsung pada hari ini(25 Julai). Memandang mereka bukan pengeluar peranti, maka ramai menjangka mereka cuma akan memperkenalkan teknologi tersebut sahaja pada majlis berkenaan.

Menurut dakwaan Huawei, GPU Turbo akan mempertingkatkan prestasi GPU sehingga 60% serta mengurangkan kadar penggunaan kuasa bateri sehingga 30%. Selain itu, teknologi ini juga membolehkan fungsi realiti maya(VR) dan augmented reality(AR) dijalankan dengan lebih lancar.

Bagaimanapun, teknologi ini masih belum dapat menyokong banyak permainan video di mana ia hanya menyokong permainan PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang setakat ini. Namun Huawei bercadang untuk mendatangkan sokongan terhadap lebih banyak lagi permainan video pada masa akan datang.

Teknologi GPU Turbo Dari Huawei Bakal Terima Pesaing Baharu

Oleh sebab itu, terdapat persoalan sama ada Adreno Turbo ini bakal menyokong lebih banyak permainan atau tidak. Ia dijangka akan hadir dengan fungsi dan kebolehan yang hampir sama dengan GPU Turbo.

Timbul juga persoalan di pihak kami berkenaan kemungkinan Qualcomm akan memperkenalkan satu cip baru bersama teknologi ini atau lebih menggemparkan lagi sekiranya mereka mengumumkan peranti mereka sendiri pada majlis itu nanti.

Sama-sama kita nantikan pengumuman dari mereka nanti.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY