Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TECNO CAMON Slim 5G

TECNO CAMON Slim 5G Dilancar, Telefon Ultra Nipis Dengan Bateri 6,000mAh

Diterbitkan September 7, 2026 · Dikemas kini September 7, 2026 oleh ariff bukhari

TECNO hari ini secara rasminya melancarkan CAMON Slim 5G, telefon pintar ultra-nipis hanya 6.39mm tapi dimuatkan dengan bateri besar 6,000mAh.

Dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300e 5G, CAMON Slim 5G menjanjikan prestasi dengan sokongan kemas kini keselamatan selama 5 tahun dan 3 peningkatan versi OS utama.

Sementara skrin AMOLED 1.5K 144Hznya pula bersaiz 6.78” menawarkan pengalaman visual premium.

TECNO CAMON Slim 5G 2

Dari segi kamera, CAMON Slim 5G dilengkapi 50MP Sony LYTIA™ 700C Ultra-Night Camera dengan sistem penstabilan tiga lapis (OIS, AI EIS, AI Shutter).

Ia dilengkapi ciri Super-Zoom FlashSnap yang membolehkan rakaman detik dibuat tanpa perlu menekan butang.

Lensa potret multi-fokal (24mm, 35mm, 50mm) pula digabungkan dengan teknologi Universal Tone AI untuk hasil semula jadi.

TECNO CAMON Slim 5G 1
TECNO CAMON Slim 5G hadir dalam lima warna artistik: Burgundy Red, Neo Mondrian, Matisse Black, Van Gogh Blue dan Rebel Pink.

Lebih menarik, telefon ini hadir dengan ciri AI Snap Poster, AI Pet Together, dan AI LightMaster 2.0, selain alat produktiviti seperti AI Recording Notes dan AI Healthy Eating.

Dari segi ketahanan, ia disahkan IP69K/IP68 serta MIL-STD-810, menjadikannya tahan air, debu dan hentakan. 

TECNO CAMON Slim 5G 3

TECNO CAMON Slim 5G  kini dilancarkan di pasaran global dengan tawaran eksklusif percubaan Google AI Plus 2TB selama 3 bulan.

Namun, TECNO belum mengumumkan harga untuk CAMON Slim 5G ini buat masa ini.

Berkaitan

  • TECNO Bangunkan Telefon Pintar Dengan Teknologi Magnetik Modular
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Fon Kepala Premium, Sonos Ace Ultra Dilancar Pada Harga RM2,299

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY