Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tanpa Caj Tambahan, Netflix Tawar Dua Ciri Baharu Untuk Langganan Pelan Premium

Tanpa Caj Tambahan, Netflix Tawar Dua Ciri Baharu Untuk Langganan Pelan Premium

Diterbitkan Februari 2, 2023 ยท Dikemas kini Februari 2, 2023 oleh Amalina Athman

Netflix kini mengumumkan ciri baharu khusus untuk pengguna yang melanggan pelan Premium, tanpa sebarang kos tambahan.

Berkaitan

  • Hampir Tiba, 'Era' Perkongsian Kata Laluan Netflix Akan Berakhir
  • Netflix Kongsikan Poster Siri Aksi Nyata One Piece, Bakal Hadir Tahun Ini
  • Netflix Perincikan Cara Untuk Halang Perkongsian Kata Laluan

Mula ditawarkan secara global, berikut adalah dua ciri baharu tersebut, yang ditawarkan untuk pelanggan pelan Premium Netflix.

Spatial Audio

Netflix pertama kali memperkenalkan sokongan spatial audio adalah pada Julai tahun lalu, dengan sejumlah kecil filem dan rancangan TV daripada katalog originalnya.

Dengan pengumuman terbaharu ini, sokongan spatial audio kini tersedia untuk lebih 700 rancangan TV dan filem. Antaranya termasuk Stranger Things, The Watcher, Wednesday, Knives Out: Glass Onion, Luther: The Fallen Sun, You, dan sebagainya.

Untuk melihat senarai penuh rancangan TV atau filem yang mempunyai sokongan spatial audio, hanya taip “spatial audio” pada bahagian bar carian di Netflix.

Bagaimanapun, perlu diketahui ciri ini hanya berfungsi untuk peranti yang menyokongnya sahaja. Semakan peranti dengan sokongan spatial audio boleh dilihat melalui pautan ini.

Tambah bilangan peranti untuk muat turun

Tanpa Caj Tambahan, Netflix Tawar Dua Ciri Baharu Untuk Langganan Pelan Premium

 

Untuk pelanggan Premium, Netflix turut meningkatkan bilangan peranti untuk muat turun kandungan bagi tontonan di luar talian.

Sebelum ini, Netflix hanya membenarkan pelanggan pelan Premium memuat turun kandungan ke empat peranti, tetapi dengan perubahan hari ini, jumlah itu meningkat kepada enam peranti.

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY