Namun, setelah Lee Kun-hee meninggal dunia pada Oktober lalu, tiada pengumuman Pengerusi baharu yang telah dibuat walaupun Lee Jae-yong sudah menerajui syarikat Samsung.
Dikatakan alasan mengapa Lee Jae-yong masih belum dipilih menjadi Pengerusi secara rasmi adalah disebabkan masalah undang-undang, rasuah, kesalahan berkait Presiden Korea dan juga pernah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.
Terkini, Mahkamah Tinggi Seoul telah menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun 6 bulan kepada Lee selepas didapati bersalah atas tuduhan penggelapan wang dan juga rasuah.
Pada tahun 2017, walaupun Lee sebelum ini sudah dikenakan hukuman penjara 5 tahun, mahkamah mengurangkannya kepada 2.5 tahun setelah mendengar permohonan rayuan.
Buat masa ini, Samsung tidak membuat apa-apa kenyatakan mengenai hukuman penjara yang dikenakan terhadap Lee Jae-yong.
Pun begitu, Lee masih lagi belum bebas dengan tuduhan undang-undang yang lain. Lee juga perlu menghadap perbicaraan berhubung kes pada tahun 2015 yang mengatakan Lee menggunakan jawatan untuk kepentingannya sendiri.
Sumber: CNN
Berkaitan
- Lebih Banyak Peranti Boleh-Lipat Samsung Dengan Harga Lebih Rendah Pada Tahun 2021
- Samsung Dilaporkan Akan Menghentikan Penggunaan Cip Teras Kustom Mereka
- Samsung Galaxy Buds+ Dilancarkan - Buds Generasi Kedua Dengan Ketahanan Bateri Lebih Lama Sehingga 11 Jam
- Samsung Menjadualkan Acara Pelancaran Cip Exynos 1080 Pada 12 November Di China
- Samsung Galaxy S10 Lite Bakal Menjadi Penambahan Baharu Dalam Siri Galaxy S10
- Samsung Galaxy S22 Ultra Bermula RM5,099 - 6.8" AMOLED QHD, Kamera 108MP, S-Pen Terbina
- DxOMark: Kualiti Kamera Samsung Galaxy Note20 Ultra Tidak Sebaik Galaxy S20 Ultra
- Samsung Galaxy A71, A51 Dilancarkan - Infinity-O AMOLED Dengan Kuad Kamera
- Samsung Mengacah Peranti Boleh Lipat Dengan Rekaan Baharu
- Imej Sebenar Samsung Galaxy S20+ Diperlihatkan