Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
galaxy a51 galaxy a71

Samsung Galaxy A71, A51 Dilancarkan – Infinity-O AMOLED Dengan Kuad Kamera

Diterbitkan Disember 13, 2019 ยท Dikemas kini Disember 13, 2019 oleh Meor Hasyim

Menghampiri penghujung 2019, Samsung sedang mempersiapkan barisan baharu untuk siri Galaxy A tahun 2020. Hari ini mereka melancarkan Galaxy A71 dan Galaxy A51 sebagai model pemula untuk siri tersebut. Kedua-dua model membawakan beberapa ciri dari Galaxy S dan Note yang lebih mahal, namun masih mengekalkan harga berpatutan.

Samsung Galaxy A71

Galaxy A71 mempunyai 6.7 inci FHD+ Super AMOLED dengan lubang kamera Infinity-O di tengah skrin yang bersamaan dengan Galaxy Note 10. Skrin itu dilindungi oleh Gorilla Glass 3 dan mempunyai nisbah 20:9.Samsung Galaxy A71, A51 Dilancarkan – Infinity-O AMOLED Dengan Kuad Kamera

Peranti dikuasakan oleh Snapdragon 730 bersama-sama pilihan RAM 6GB/8GB dan juga storan dalaman 128GB. Terdapat juga slot microSD yang menyokong sehingga 512GB.

Terdapat kuad kamera di bahagian belakang – 64MP, f/1.8 (utama) + 5MP, f/2.2 (depth) + 5MP, f/2.4 (makro) + 12MP, f/2.2 (ultralebar). Untuk swafoto pula ia mempunyai 32MP, f/2.2.

Image result for galaxy a71"

Bateri sebesar 4,500mAh dimuatkan dan disertakan pengecasan pantas 25W melalui USB-C. Selain itu, terdapat juga bicu 3.5mm dan juga Bluetooth 5.0.

Samsung Galaxy A51

Galaxy A51 menawarkan rupa dan rekaan seakan Galaxy A71, tetapi dengan spesifikasi yang sedikit rendah. Skrin peranti bersaiz 6.5 inci FHD+ Super AMOLED serta lubang kamera tengah Infinity-O yang sama. Ia juga masih mempunyai 32MP kamera swafoto, Gorilla Glass 3, dan juga skrin nisbah 20:9 yang sama dengan Galaxy A71.

Samsung Galaxy A51 and Galaxy A71 announced: Infinity-O displays, Android 10, and Macro Cameras

Untuk kuasa, ia dijana oleh Exynos 9611 dengan RAM 4GB/6GB/8GB serta storan dalaman 64GB/128GB yang menyokong kad mikroSD sehingga 512GB.

Kuad kamera Galaxy A51 pula menggunakan 48MP, f/2.0 (utama) + 5MP, f/2.2 (depth) + 5MP, f/2.4 (makro) + 12MP, f/2.2 (ultralebar).

Image result for galaxy a51"

Bateri peranti pula adalah 4,000mAh dengan pengecasan 15W sahaja. Terdapat juga bicu 3.5mm dan Bluetooth 5.0

Galaxy A71 dan Galaxy A51 ini dilancarkan di Vietnam. Tarikh dan harga jualan Galaxy A71 belum diumumkan namun untuk Galaxy A51 ia berharga 7,990,000 VND (~RM1434) dan dijual bermula 27 Disember ini di sana.

Sumber: Galaxy A71, Galaxy A51, Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY