Namun kini, terdapat beberapa laporan yang mengatakan Samsung telah menghentikan serta-merta produksi pembangunan pasukan CPU mereka yang bertempat di Austin, Texas. Tiada maklumat spesifik yang mengatakan mengapa mereka menghentikannya. Akan tetapi, terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan Samsung mengambil keputusan tersebut.
Berita mengenai penghetian produksi tersebut datangnya dari kicauan @UniverseIce dengan menambah Samsung bakal menggunakan rekaan dari ARM pada masa hadapan.
https://twitter.com/UniverseIce/status/1178963916656766978
Seperti yang diketahui, teras kustom Mongoose tidak mampu menyaingi prestasi teras kustom Snapdragon terutamanya dari senario penggunaan multi-teras. Contoh lain lagi, cip teras Mongoose yang terdapat pada peranti Exynos ini mempamerkan hayat bateri yang teruk berbanding cip Snapdragon seperti yang ditunjukkan oleh saluran YouTube Phonebuff.
https://www.youtube.com/watch?v=shrYnaxVenE
Ini adalah antara contoh yang nampak di mata kasar dan masuk akal jika Samsung mahu menghentikan terus produksi cip teras ini. Sebelum ini juga telah dilaporkan bahawa Samsung bakal menggunakan cip grafik dari AMD. Mungkin juga Samsung tidak mahu melibatkan diri dengan pelaburan yang tidak mendatangkan hasil dan sebaliknya hanya memfokuskan pada perkara yang sudah sedia bagus - iaitu menggunakan cip teras ARM berbanding cip kustom Mongoose.
Namun, ini semua tidak bermaksud Samsung hanya akan menggunakan cip dari Snapdragon sahaja. Apa yang bakal berlaku adalah Samsung masih lagi akan menggunakan cip Exynos. Bezanya cip Exynos pada masa hadapan akan menggunakan teras langsung dari ARM, bukan lagi teras kustom buatan tersendiri.
Apa dapatan anda sebagai pengguna di Malaysia? Tahun ini dengan siri Galaxy S10 dan Note 10, pengguna di Malaysia mendapat cip Exynos dengan teras Mongoose, bukannya Snapdragon 855. Terbukti dengan ujian oleh ramai pengguna dengan membandingkan kedua versi ini, peranti Samsung dengan cip Exynos mempunyai prestasi yang lebih teruk berbanding peranti dengan cip Snapdragon 855.
Untuk masa hadapan, mungkin bermula dengan Samsung Galaxy S11, pengguna di Malaysia dapat merasa cip Exynos yang lebih kompetitif dengan versi Snapdragon. Bagi saya, itu adalah detik yang ditunggu-tunggu buat sekian lamanya.
Sumber: @UniverseIce
Berkaitan
- realme C11 Dengan Cip Helio G35 Akan Hadir Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Samsung Galaxy Tab A7 Kini Di Malaysia Pada RM999 - Tablet 7040mAh Dengan Cip Snapdragon 662
- Huawei Juga Punyai Komputer Desktop Tersendiri Dijana Cip 7nm ARM Kunpeng Dan Sistem Operasi Modifikasi Linux
- HP Spectre x360 15 Dikemaskini Dengan Bezel Lebih Nipis Dan Cip Intel Gen Ke-10
- Tampuk Kepimpinan Samsung Dipersoalkan, Naib Pengerusi Kembali Semula Ke Penjara
- Ini Senarai Harga Rasmi Siri Samsung Galaxy S21 Untuk Pasaran Malaysia - Bermula Dari RM3,699
- Samsung Galaxy S21 Ultra Kini Rasmi - Skrin QHD 6.8", Kamera 108MP, 16GB RAM, Dan Sokongan S-Pen
- Snapdragon 865 Diumumkan - Cip Kelas Flagship Tahun 2020, Tapi Tiada Modem 5G Terbina
- ARM Umum CPU Cortex-A78 Dan GPU Mali-G78 - Bakal Digunakan Oleh Peranti Pintar Tahun 2021
- MediaTek Memperkenalkan Dimensity 1200 Dan 1100 - Cip 6nm, Sokongan Paparan 168Hz, Dan Ray Tracing