Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
myBAS Konsesi Anthony Loke

Bermula Di 3 Negeri, 3 Golongan Ini Layak Terima Tambang Percuma myBAS Konsesi

Diterbitkan Ogos 16, 2023 · Dikemas kini Ogos 16, 2023 oleh Amalina Athman

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023, Menteri Pengangkutan (MOT) Anthony Loke telah mengumumkan inisiatif pas “myBAS Konsesi” yang menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan bas henti-henti myBAS di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti- henti (SBST) yang dikendalikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Berkaitan

  • Hanya Satu Ujian Teori Untuk Lesen Memandu Kereta, Motosikal
  • Cukai Jalan Fizikal Masih Dikeluarkan, Cuma Ada Cawangan Kehabisan Stok - Anthony Loke

Sebagai permulaan, inisiatif ini dilaksanakan di SBST Seremban, Ipoh dan Johor Bahru, yang berkuatkuasa mulai 15 Ogos 2023.

Pas myBAS Konsesi terbuka kepada warganegara Malaysia dalam kategori berikut:

  • Orang Kelainan Upaya (OKU) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas; ATAU
  • Kanak-kanak serta murid sekolah berumur 7 hingga 17 tahun yang bersekolah di kawasan liputan perkhidmatan myBAS.

Seterusnya, mereka yang layak boleh mendaftar di kaunter perkhidmatan myBAS di bawah, dengan membawa dokumen pengenalan seperti MyKid, MyKad atau MyTentera.

myBAS Konsesi

Sebagai tambahan, kanak-kanak berusia 6 tahun dan ke bawah juga boleh menaiki myBAS untuk laluan yang sama secara percuma serta tiada pendaftaran yang diperlukan.

Dalam pada itu, Anthony Loke berkata pelaksanaan tambang percuma kepada golongan sasar akan diperluaskan ke program SBST di negeri-negeri lain, secara berperingkat.

Sumber: MOT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY